Nuffnang Adds

Sunday 29 May 2011

BN jadi pembangkang di Malaysia selepas PRU-13?




Rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO?


Pada pandangan peribadi aku, sekarang bukan masanya untuk semua orang sama ada pemimpin atau rakyat saling bercakaran dan saling menunding jari sesama sendiri.

Sekarang rakyat lebih terbuka dan matang dalam mebuat pilihan. Dengan adanya teknologi IT yang semakin hebat menyebabkan TV dan akhbar bukan lagi pilihan utama  sumber maklumat mereka sebaliknya blog-blog dan media alternatif juga menjadi pilihan.

Kaum cina sekarang tidak lagi memilih Bn sebagai payung mereka. Sebaliknya pakatan pembangkang dijadikan pilihan kaum-kaum cina sekarang.

Kenapa ini berlaku? Adakah MCA semakin lemah sehinggakan undi kaum cina  semakin merosot?

Jawapannya ialah sekarang DAP telah berjaya meniup unsur-unsur perkauman di kalangan kaum cina di seluruh negara.

Lebih, parah sekrang DAP mendabik dada dengan mengatakan dalam pakatan orang Cina lebih berkuasa. Ini jelas dengan beberapa kejadian menghina Islam dan sensitiviti umat Islam sperti membaca ayat Quran dalam ceramah, masuk ke dalam surau dan lebih parah ahli bukan Islam PKR juga berani untuk menggunakan ayat Quran seolah-olah tidak bersalah.

Apa ni.. Takkan la hanya sebab politik Quran menjadi bahan mainan kaum kafir? Adakah darjat Quran telah direndahkan oleh umat Islam dengan menerima perbuatan seperti itu?

Sekarang Islam bukan lagi sesuatu yang suci setelah Pas dan PKR sendir menyokong segala tindakan menghina ISLAM oleh sahabatnya DAP.

Jelas maruah Islam telah dipermainkan untuk kepentingan politik semata-mata. Jika dulunya Hj. Hadi begitu lantang, sekarang menjadi tikus dalam aquarium.

Dalam keadaan genting sekarang, Perdana Menteri perlu lebih berani membuat keputusan yang tepat dan betul.

Berani mebersihkan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri serta tidak membawa keuntungan kepada perjuangan parti.

Sekarang lebih ramai yang menjaga periuk nasi sendiri dari berjuang untuk mempertahankan bangsa dan agama.

Kita lihat banyak UMNO negeri yang bermasalah telah jatuh ke tangan pakatan pembangkang seperti Kelantan, Kedah dan Selangor.

Bukan disebabkan pakatan hebat tetapi sebenarnya rakyat muak dengan drama-drama pemimpin bahagian yang lebih mementingkan jawatan dan poket diri daripada bekerja untuk menarik sokongan rakyat.

Presiden UMNO perlu lebih berani dalam menyelesaikan masalah ini dengan tegas. Sekiranya terbukti ada bukti satu-satu bahagian itu lemah dan tidak berfungsi seharusnya Ketua Bahagian (KB) digantikan dengan individu yang lebih hebat.

Kenapa perlu takut untuk bertindak? Lebih baik hialng 1 undi dari hilang 10000 undi. Jika KB yang bermasalah ditukarkan pasti UMNO akan kembali menjuarai hati rakyat.

Semoga PM merangkap Presiden UMNO akan bertindak dengan sewajarnya sebelum BN menjadi pembangkang di Malaysia..

Thursday 26 May 2011

ANAK cawangan Pas?Dia tengah bagi ceramah Pas..

Mazlan dalam ceramah Pas.


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) AKA cawangan Pas?


Sebenarnya aku malas nak tulis pasal mamat ni. Disebabkan aku meluat baca hujah-hujah bangang dia terus semangat nak menulis..

Mazlan Aliman bekas calon Pas ni yang juga presiden persatuan beluncas ini memberi tempoh seminggu kepada Felda memberi penjelasan berhubung pinjaman agensi itu daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM6 bilion.

Mazlan bagitau sekiranya tidak ada penjelasan diberikan dalam tempoh itu, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis ke seluruh negara.

Dei tambi, kan orang dah bagi membeli kilang gula dari (Tan Sri) Robert Kuok.


Mazlan kata:

``Saya masih ingat ucapan perdana menteri pada Himpunan Warga Peneroka di Putrajaya yang mengatakan Felda tidak akan bankrap kerana Felda memiliki saham berjumlah RM4 bilion dan rizab yang besar."


Aduh.. Mana ada orang beli kilang besar guna cash abang Malang ni.. Kata peniaga la apa takkan benda simple macam ni pun tak tau.

Negara pun ada pinjaman beratus billion. Beli kilang tu keuntungan dia lebih tinggi la yang FELDA dapat. Apa punya baghal Mazlan ni.

Pada pendapat aku, persatuan ni sebenarnya Cawangan Pas di Felda tapi nak bagi nampak seperti NGO beri nama baru ANAK.

Adoi la.. Orang bukan bodoh la abang wei.. Ko nak jadi calon lagi ke yang bersungguh sangat nak hentam felda.

Ingat la sebab FELDA ko tu boleh pegi sekolah kalau tak , ko tu pun tak tau jadi apa. Bangang punya orang.

TOLONG BENCI MAZLAN ALIMAN PENCACAI..





BIODATA PRESIDEN ANAK

Calon Pas di P.90 BERA
   
PENDIDIKAN : IJAZAH

KERJAYA : BERNIAGA

JAWATAN PARTI : AJK PAS PUSAT

WARGA : JOHOR

3 SEBAB BN KEKALKAN HARGA PETROL - LGE

Lim Guan Eng Khalifah Pas.


Mari baca kisah khalifah Pas LGE auta beri 3 sebab kerajaan kekalkan harga petrol.


Menarik apabila membaca laporan akhbar pembohong no 1 negara Harakah menemuramah LIM GUAN ENG (LGE)  mengenai harga petrol RON 95 kekal.

Khalifah pilihan Pas ini mendakwa sebab pertama ialah pakatan pembangkang yang diterajui DAP itu mampu melakukan demo besar-besaran sekiranya harga petrol itu naik.

Kahkahkah... Bangangnya.. Kalau harga minyak naik tak perlu pembangkang nak buat demo, PERKASA DAN PEMUDA UMNO pun boleh tarik lebih ramai lagi untuk berdemonstrasi.

Apa Guan Eng ingat pakatan dia je pandai berdemo? Kalau AMK memang penakut la semua dah tahu.

Betul ke kerajaan takut naik harga sebab takutkan pembangkang? Aku rasa kerajaan lebih takutkan rakyat dari pakatan haram ni.

Kalau setakat pemimpin kaki liwat dengan zina rakyat biasa tak sokong la. Lain la penyokong tegar PKR, DAP dengan Pas.

Sebab kedua pulak, sebab kononya sebab pilihanraya dekat. La dekat ke jauh apa masalahnya? Dah kerajaan nak jaga kebajikan rakyat mesti la kena ambil kira keputusan rakyat juga.

Guan Eng ni pemimpin jenis murahan isu yang dibangkitkan ni pun isu lama. Orang dah tak pakai la ni isu bangang. Rakyat pun tau rakyat didahulukan betul la keputusan kerajaan.

Bangsa laknat ni tak reti bersyukur. Sepatutnya dia sebagai pemimpin perlu berterima kasih kepada kerajaan sebab tidak menaikkan harga petrol dan pada masa sama tidak membebankan rakyat di Pulau Pinang juga.

Yang paling kelakar sebab ketiga ialah BN takut dengan pakatan diaorang ni. Puit... Mana ada orang takut dengan parti la bangang. Kerajaan takut dengan kuasa rakyat.

Apa punya bangang la khalifah Pas ni. Pakatan 3 parti yang lain-lain agenda kata dia kuat, sapa yang bagitau dia?

Kat Sarawak dah kalah, belum lagi campur 3 plihanraya kecil yang semua menang kat BN.

Abang Lim Guan Eng, bercakap perlu guna otak bukan guna lutut. Siapalah melayu yang sokong kafir harbi ni.

Bangang giler..


UP ORANG MELAYU: Wei baca la..



Haramkahdaily  




KUALA LUMPUR, 26 Mei: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi tiga sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPG, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong mereka membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini.

“Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan,” katanya.

Pertama, katanya PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, ujarnya BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Wednesday 25 May 2011

Pemikiran penyokong Pas ditahap mana?

Antara Nasha atau Mat Sabu siapa pilihan terbaik Timbalan Presiden Pas?

Mat Sabu Norma


Wah hangat sekarang ni nama Mat Sabu sampaikan hari-hari dia dok jilat DAP dalam media alternatif.

Aku walaupun penyokong UMNO tetapi pada aku Pas perlu sebagai pembangkang. Pada pandangan peribadi aku, Nasharudin Mat Isa lebih layak untuk menang jawatan Timbalan Presiden Pas.

Biarlah orang yang lebih berilmu dan berakhlak yang dipilih bukannya kaki auta/fitnah dan juga terbukti berkhalwat dengan Norma isteri kawan baik sendiri sehinggakan sekrang mereka dah pun kahwin.

Dari segi pendidikan juga Nasha seorang yang begitu hebat dan juga perwatakannya yang lembut menyebabkan aku kagum dengan beliau.

Sekiranya aku boleh menentukan keputusan pemilihan jawatan Pas, aku akan pilih Nasha dari Mat Sabu ataupun Tuan Ibrahim Tuan Man sekalipun.

Aku juga tiada sangat masalah kalau Tuan Ibrahim bertanding, cuma aku menyampah dengan Mat Sabu ni sebab sembang power, dundang-dundang tapi habuk pun xde.

Mat Sabu lebih layak menyertai DAp dari Pas sebab cara percakapan dan akhlaknya tidak melambangkan Islam.

Pemilihan Pas kali ini bakal menentukan hala tuju dan kehendak penyokong Pas. Mahukan seorang intelek sebagai pemimpin atau pun lelaki penjual ubat tenaga batin semuanya terletak ditangan mereka sendiri.


PS: Mat Sabu ni cerita pasal perjuangan Islam, tapi bukak mulut je takde benda lain. Fitnah mencarut je jadi modal. Fakta takde. Nasharudin PILIHANKU.


Nasharudin Mat Isa


Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada 1962.


Pendidikan

Apabila bapanya seorang kakitangan kerajaan pindah ke Kuala Lumpur, beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsan St Gabriel di Kampung Pandan , Kuala Lumpur.

Belajar 3 semester di UITM dalam jurusan Grafik dan Senireka. Kemudian mendalami pengajian Islam di Kolej Darul Ulum di Lucknow, India. Kemudian belajar bahasa Arab di Universiti Jordan selama dua tahun.

Seterusnya mendalami undang-undang Syariah di Fakulti Syariah selama 5 tahun. Dilantik menjadi pembantu pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Kemudian belajar selama dua tahun di Universiti Glasgow, Scotland. 1993 kembali ke UIAM dan menyiapkan Sarjana Undang-Undang Perbandingan. Dilantik menjadi pensyarah undang-undang di situ, 1997, Nasharudin menjadi pensyarah undang-undang di UKM, Bangi. 1999 bersara sebagai akhi akademik kerana menceburi bisang politik sepenuh masa.


Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi.




MOHAMAD SABU AKA Mat Sabu


Ianya berlaku pada 31 Januari 1995, selepas dua tahun Pas Kelantan meluluskan usul Hudud dan Qisas di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pada 1993 yang dibawa oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mat Sabu ditangkap dengan seorang suri rumah yang juga seorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru pada tarikh itu.  Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma  tidak bertudung kepala.

Hukuman untuk penzina mengikut Hudud di Kelantan ialah 100 kali sebatan dan jika penzina itu sudah berkahwin maka hukumannya adalah rejam dengan batu sampai mati.

PENDIDIKAN.

Tidak dapat dipastikan. Banyak khabar angin kata dia ada PHD. Tapi aku rasa betul.. Perasaan Hasad Dengki. Haha


KEJAYAAN

Berjaya melepaskan diri dari tuduhan khalwat walaupun terang-terang ditangkap berdua-duaan dengan Norma di sebuah hotel setelah mendapat pertolongan dari Kerajaan Pas Kelantan.

Akhirnya Norma menjadi milik Mat Sabu. Suami Norma pun xkan la nak lagi kat orang macam tu.

Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya ialah Norma yang dirampas daripada rakan karib sendiri dengan cara berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.

Kejayaan terbesar ialah menyebabkan hudud gagal dilaksanakan di Kelantan kerana mahu menjaga nama baik Pas.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu.




Haharga petrol RON 95 kekal..


Juak-juak yang membohong dan suka fitnah khasnya penyokong pakatan haram yang dok bising kata harga petrol akan naik akhirnya menjadi seperti orang bodoh.

Mana ada kenaikan. Kerajaan bukan bodoh untuk menyusahkan rakyat. Haha. Kelakar aku rasa lepas banyak kali penipuan yang dibuat oleh kaki propa pembangkang masih ada lagi nak menyokong pakatan PKRDAPPas.

Sudah-sudah la. Nak menyokong pun biar bertempat. Kalau rakyat dok sokong puak-puak menjual maruah ni supaya banyak berfikir. Berfikir dengan cara matang dan bukannya guna emosi.

Bacalah berita ini dari UTUSAN MALAYSIA.

PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

Tuesday 24 May 2011

Anwar Ibrahim lebih hebat dari Zeti Akhtar Aziz untuk jadi Pengarah Urusan IMF?












SIAPA LEBIH HEBAT? ANWAR ATAU ZETI?




Aku nak terkencing sebab nak tahan gelak bila ada orang pembangkang kata Anwar Ibrahim lebih hebat dari Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz untuk memegang jawatan Pengarah Urusan  Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) .


Hebat sangat ke Anwar ni sampai Gabenor Bank Negara kita yang hebat pun kalah?


Mari kita kaji latar belakang pendidikan mereka berdua.





DR. ZETI AKHTAR UNGKU ABDUL AZIZ


Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. 


Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.


PENDIDIKAN


Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958.


 Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.




PENCAPAIAN TERBAIK


Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. 


Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. 






ANWAR IBRAHIM


Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 


PENDIDIKAN


Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.


Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) Kelas 1 ke 2? Kalau SPM tuh pangakt 4 (SAP).




PENCAPAIAN TERBAIK


Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.


Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). 




KESIMPULAN:


LU PIKIR LA SENDIRI.. HAHA

Menarik: Temubual KJ Di Bernama Radio 24



Tepat pukul 6.30 petang hari ini aku telah mendengar temubual Khairy di radio yang begitu sedap di dengar.

Tidak dinafikan KJ seorang yang mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan idea yang bernas dan spontan malah tidak keterlaluan untuk mengatakan KJ boleh menandingi Anwar Ibrahim sekiranya mereka berdua berdebat.

Apa yang paling menarik apabila soalan yang diajukan kepada KJ mengenai ada kemungkinan dia akan menjadi MB N.9 sekiranya bertanding untuk DUN negeri itu.

Dalam ketawa jawapan yang diberikan KJ dilihat sebagai playsafe. `` Perkara itu terserah kepada kepimpinan parti yang menetukan," jawab KJ.

Menarik.. KJ menjadi MB Negeri Sembilan? Adakah rakyat negeri itu akan bersetuju? Bersediakah KJ untuk memegang jawatan tersebut?

Mari kita kaji..

 Keupayaan KJ dalam bercakap sama ada di ceramah atau di dalam Parlimen memang begitu hebat tetapi dari segi kerja masih belum boleh dinilai.

Sekarang walaupun KJ memegang jawatan PEMUDA UMNO tetapi sayap UMNO itu kelihatan layu dan sepi walaupun adalah beberapa program yang dilakukan tetapi tidak meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat.

Jika hendak dibandingkan KJ dengan Sham Ketot AMK, kadang-kadang Sham menunjukkan keberanian walaupun keberanian yang melihatkan kebodohan diri.

Tetapi perlu diingat inilah yang dimahukan oleh rakyat di negara ini. Sebagai Ketua PEMUDA KJ seharusnya perlu lebih lantang dari AMK.

Di mana KJ sewaktu Utusan Malaysia sedang cuba dijatuhkan oleh pihak pembangkang. Sepatutnya KJ perlu mengetuai ahli PEMUDA UMNO dalam menunjukkan sokongan terhadap akhbar keramat Melayu itu.

Sekiranya KJ datang bersama 5 - 10 ribu ahli Pemuda UMNO untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan UTUSAN MALAYSIA  pasti namanya akan lebih harum.

Sebaliknya, PERKASA yang dilihat lebih lantang serta bersemangat dalam memberi sokongan dan memperjuangkan UTUSAN MALAYSIA.

Namun disebalik itu, semasa temubual itu KJ memperlihatkan kematangan dalam berhujah khasnya dalam menentang kenaikan harga minyak petrol RON95.

Tidak seperti pembangkang yang hanya tahu untuk menyalak agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol itu tanpa sebarang cadangan membina.

Sebaliknya KJ  mencadangkan beberapa alternatif  dalam menjimatkan kos belanja negara yang boleh dibuat agar harga minyak tidak dinaikkan.

Syabas. Sepatutnya cadangan KJ itu boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kepimpinan negara dalam membantu mengurangkan rakyat  yang sedang menanggung kenaikan harga barang keperluan harian.

Sekiranya dinaikkan harga petrol mesti kadar kenaikan barang keperluan harian akan meningkat lebih tinggi dan sekiranya PRU diadakan dalam terdekat pasti BN akan menjadi pembangkang pada masa hadapan.

Biarlah orang mengatakan KJ hanya mencari publisiti tetapi hakikatnya idea KJ itu dalam mengelakkan kenaikkan harga petrol RON 95 sememangnya bernas.

Semoga harga minyak RON 95 tidak dinaikkan kerajaan takut bukan sahaja rakyat marah, malah aku pun akan naik minyak.. haha.

PS: Naik harga minyak, aku pun naik angin dengan kerajaan.

APA ITU KONTRAK SOSIAL.. BACA..

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA ?




1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Friday 20 May 2011

Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk lari..





ANWAR IBRAHIM BAKAL MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ?




Sekarang keadaan Anwar semakin genting kerana masa yang ada terlalu sedikit untuknya menyiapkan dialog serta skrip bagi mempertahankan kebebasan yang diterima sehingga hari ini dari dihukum bagi kesalahan meliwat Saiful..


Menurut seorang sumber yang  rapat dengan ANWAR, dia sedang menyiapkan diri untuk menetap di Amerika Syarikat..


Sumber itu turut memberitahu rumah penginapan ANWAR di sana telah pun disediakan oleh rakan-rakan baiknya di sana.


Melihatkan senario sekarang kemungkinan ANWAR melarikan diri adalah amat tinggi.


Mahkamah telah  pun  menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula memberi keterangan membela diri.


Mahkamah sepatutnya merampas atau  menahan passport antarabangsa ANWAR bagi mengelakkan dia lari ke luar negara bagi mengelak dirinya dipenjarakan.


Diharapkan ANWAR tidak melarikan diri kerana semua bukti telah menunjukkan ANWAR meliwat dan sekaligus akan menyebabkan dia  kembali bercuti di Sungai Buloh Inn sekali lagi..


Walaupun ANWAR sering memperlekehkan sistem kehakiman negara tetapi dia sanggup masuk membela diri di mahkamah.


Di Thailand pula lain pula ceritanya, Thaksin bekas PM yang digulingkan tentera telah lari ke luar negara bagi mengelakkan dibicarakan bagi pelbagai kesalahan.


Adakah ANWAR mahu mengkut jejak langkah Thaksin?  Atau ANWAR percayakan sistem kehakiman negara dan sanggup dibicarakan? Kita tunggu sama-sama..

PUNCA AMK batalkan rancangan buat protes di Utusan Malaysia

Setelah gagal mengadakan protes SHAM ketot menyerahkan memo kepada seekor lembu bagi cover line. haha



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gagal meneruskan rancangan mereka untuk melakukan protes terhadap Utusan Malaysia Jumaat ini dengan menghantar memorandum bantahan terhadap Ketua Pengarangnya kerana beberapa sebab.

1. Dilaporkan AMK gagal mendapat sokongan ahli-ahli PKR dan Pas untuk bersama-sama melakukan protes di hadapan pejabat Utusan Malaysia.

2. Menurut sumber yang dipercayai memberitahu pada pukul 10 pagi AMK telah sedaya upaya mengumpul sebarapa ramai orang untuk berarak ke sana tetapi malangnya hanya 20 orang yang mahu menyertai protes tersebut.

3. Bagi meng`cover' kemaluan AMK telah berpura-pura mempunyai agenda yang lebih hebat dari protes terhadap UTUSAN MALAYSIA dengan menghantar SMS ini.

“ Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh."

Haha.. Memang jelas sekarang PKR dan pakatan pembangkang sudah hilang sokongan rakyat khususnya dalam melakukan protes jalanan sperti yang dirancang.

Sebaliknya PERKASA dan PEMUDA UMNO yang begitu ghairah menyatakan sokongan terhadap perjuangan UTUSAN MALAYSIA selama ini.

Nah, sekarang semua orang perlu buka mata dan pemikiran mereka bahawa PKR khasnya AMK hanya pandai berdrama semata-mata untuk menaikkan imej yang telah lama terjejas teruk.

Semoga AMK terkubur bersama PKR untuk selamanya. AMK Pengkhianat BANGSA...

Thursday 19 May 2011

AMK dan SHAM KETOT BACUL...


Sham Ketot yang kelihatan tinggi selepas diangkat pengikutnya semasa membuat kecoh pada majlis sumpah Datuk Eskay .. Haha Patut nampak tinggi..

Hari ini sekali lagi membuktikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menunjukkan mereka hanya berani berdemo di tempat  sendiri dan di masjid sahaja.

Lebih memalukan lagi, AMK membatalkan demo di depan Utusan Malaysia kerana turut dihadiri Perkasa dan PEMUDA UMNO. Turut serta PERKIDA yang turut sama mahu menunjukkan sokongan terhadap perjuangan UTUSAN MALAYSIA.

Lebih kurang 100 orang terdiri daripada penyokong perjuangan UTUSAN MALAYSIA telah berada di hadapan pejabat Utusan Malaysia sejak awal pagi lagi.

Lebih mengecewakan , pada pukul 11 pagi, sms AMK tersebar berbunyi “ Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh."

Haha mana Sham ketot yang kononya berani untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim tetapi apabila di PERKASA, Pemuda UMNO dan Perkida turut mahu serta terus jadi takut. haha..

 MAri baca laporan di bawah.. Cakapnyer AMK hebat sangat  tidak gentar la apa la ..


Ni la si pengecut yang kononnya tidak gentar tapi cancel sebab takut. Baca bawah..

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan meneruskan rancangan mereka untuk melakukan protes terhadap Utusan Malaysia Jumaat ini dengan menghantar memorandum bantahan terhadap Ketua Pengarangnya.
 
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pihaknya tidak gerun dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadualkan turut berhimpun di tempat sama, kononnya bagi mempertahankan akhbar itu.

Lawak2. Mananya.. Takde pon. Cakap pumpangpumpang. Mana.. Rozan ke Sham Ketot ke mananya?

Berjuang di masjid boleh la. Itu bukannya berani tetapi bodoh. Kalau berani kenapa batalkan rancangan buat demo hari ini?

Nah, jelas semua ini hanya gimik Sham Ketot untuk menarik perhatian semata-mata yang sebenarnya dia takut untuk berjuang. 

Malu la kalau jadi ahli AMK ni. Cakap pum pang pum pang tapi hasil tiada.  Kalau jadi Sham Ketot dgn AJK yang lain  mesti dah menyorok dalam kelambu setahun. haha


Tuesday 17 May 2011

Nasib UMNO dihujung tanduk?

Semakin hari debaran pilihan raya semakin dirasai oleh semua lapisan masyarakat, daripada  yang hardcore politik sehinggalah golongan atas pagar.

Yang kuat berparti mesti ingin tempat pada pilihan raya nanti bagi tujuan masing-masing. Ada yang mahu berbakti kepada rakyat tetapi ada juga yang berniat untuk mengayakan diri sendiri.

UMNO selepas pilihan raya ke 12 lalu telah mengalami kejutan bersama BN yang gagal mengekalkan majoriti 2/3  di Parlimen. Kata orang ia adalah tsunami politik bagi menyedarkan kepimpinan UMNO dan BN sebenarnya rakyat sudah bijak menilai.

Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangorserta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan.

Pilihan raya itu juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin .

Manakala kemenangan kerusi Parlimen Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004.

Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab pembahagian kawasan parlimen yang memihak kepadanya - banyak kerusi diwujudkan di kawasan-kawasan ini, tetapi kepadatan penduduknya adalah jauh lebih rendah daripada kepadatan penduduk di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Rekod kekalahan Barisan Nasional itu adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

Tetapi jangan risau masih ada ruang untuk berubah. Jika boleh berubah pasti UMNO dan BN akan menang lebih besar. Mari kita lihat punca dan apa yg harus kita lakukan untuk menang lebih besar pada PRU 13 nanti.

Adakah nasib UMNO berada di hujung tanduk? Sama-sama kita fikirkan..


KENAPA UMNO DAN BN GAGAL PADA PRU 12 LALU?


1. Tidak susun senarai calon BN dengan betul dan kebanyakan kroni-kroni KJ dan Pak Lah yang tidak diterima akar umbi maka cas ketingakan berlaku.

2. calon yang di pilih tidak dirunding dgn MB atau bakal MB dan di persetujui bersama dengan ketua bahagian. Pemilihan secara kuku besi dan cara Setiausaha Agung UMNO bekerja adalah tidak betul kerana beliau kurang turun padang.

3. Pak Lah tidak mendengar nasihat Tun Mahathir kerana merasakan beliau telah hebat sedangkan lebih mendengar pendapat menantunya KJ.

4. Calon-calon Pak Lah ada yang telah lama seperti Sami Vellu dan Rafidah. Namun Pak Lah tidak tegas untuk tidak senaraikan mereka.

5. MB pun ramai yang dah tidak perform, namun masih di kekalkan Pak Lah.


6. Ketelusan yang cuba di tunjukkan Pak Lah juga memakan dirinya dan BN.

7. Faktor Khairi telah menjahanamkan UMNO dan BN.

8. Pembebasan Anwar Ibrahim kerana untuk menunjukkan berhemahnya Pak Lah telah memakan dirinya sendiri dan BN.

9. Ketidakberkesan program pentadbiran Pak Lah terutama dalam menyediakan projek2 mega dan juga tidak sanggup menjalankan projek2 yang telah di rancang Tun juga telah membuatkan rakyat merasakan di samping kurang penjanaan ekonomi, malah Pak Lah di anggup orang yang mudah melupakan janji dan jasa orang lain, di samping cuba menonjolkan dirinya sendiri.

10. Paling berkesan melemahkan UMNO dan menjatuhkan UMNO dan BN ialah kenaikan harga minyak petrol sebanyak 70 sen seliter menyebabkan rakyat menjadi marah. Jika kenaikan harga minyak tidak berlaku pasti BN akan menang dengan majoriti 2/3 sekarang.



UNTUK MENANG PRU KE 13 UMNO DAN BN PERLU:

1. Meletakkan calon yang bersih dari segi akhlak, moral dan yang penting dikenali baik dengan penduduk serta pengundi tempatan.

2. Semua sayap di semua bahagian perlu bersatu serta menolak sebarang sengketa bagi memacu kemenangan.

3. Ketua Bahagian perlu mempunyai KPI tersendiri agar semua ketua bahagian akan berusaha untuk mencapai kemenangan. Jika tewas sesuatu bahagian tewas teruk Ketua Bahagian terbabit perlu dibuang dan digantikan segera.

4. Semua individu perlu buang perasaan hasad dengki sesama sendiri agar kemenangan pasti milik kita.

5. Hentikan fikiran bahawa berparti untuk mengaut kekayaan sendiri.

6. Yang penting perlu bekerja keras dari sekarang untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO.

7. Pemimpin atasan juga perlu menjaga kepentingan rakyat agar tidak membebankan rakyat seperti yang berlaku pada PRU 12 yang mana harga minyak petrol naik mendadak.

8. Jika kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang keperluan harian rakyat akan memberi sokongan penuh kepada BN.


Sekiranya semua ini dilakukan UMNO dan BN akan menang lebih besar dari sebelumnya.

Sunday 15 May 2011

Anwar Ibrahim bakal menginap di Sungai Buloh Inn?

Haha, akhirnya Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk pergi menenangkan fikiran di Sungai Buloh Inn sekali lagi selepas keluar atas ehsan 2 hakim. huhu

Syabas Anwar, kerana berjaya membuat tempahan awal untuk menginap di `tempat menenangkan fikiran' terbaik di malaysia.

Bukan senang wei nak masuk dalam tu. Sebab apa bukan senang. Sebab nak masuk ken liwat orang dulu, rogol dan macam-macam jenis kejahatan lain.

Adakah Anwar juga suka berada di sana? Jawapannya ya Anwar suka tinggal di sana sebabnya banyak mangsa liwat yang tidak akan melaporkan kejadian diliwat.

Biarlah Anwar berehat lama sedikit agar negara lebih aman tanpa sebarang provokasi jahat semata-mata untuk mencapai cita-citanya `angan-angan mat jenin' untuk menjadi Perdana Menteri.

Semoga Anwar lebih tenang dan lebih molek bertaubat dari segala dosanya yang lalu. Doakan Anwar akan bertaubat sebelum terlambat.

Saturday 14 May 2011

Apakah kesudahan nasib Melayu Pulau Pinang?

DULU, kira-kira 40 tahun lalu, waktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang yang diterajui Gerakan, UMNO, MCA, MIC bukannya tidak ada gerai Melayu yang diroboh. Memang ada gerai yang diroboh atas sebab-sebab tertentu.

Paling popular sudah tentu tidak ada lesen atau untuk memberi laluan kepada projek lain. Dulu, bukannya tidak ada peniaga yang berniaga ikut suka sehingga mengganggu lalu lintas.

Memang ada sehingga sekarang tetapi tidak ada tindakan yang drastik diambil dan mereka terus berniaga seperti biasa. Semuanya itu berlaku di Pulau Pinang ketika kerajaan BN diketuai oleh Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu dan kemudiannya Dr. Koh Tsu Koon.

Kini, kerajaan negeri pakatan pembangkang DAP, PKR, Pas yang baru berusia setahun jagung dan diketuai oleh Lim Guan Eng lebih berani bertindak. Tetapi kenapa riuh rendah jadinya? Mungkin kerana ramai yang terkejut disebabkan tindakan drastik kerajaan pakatan pembangkang ini.


Mulanya mereka mungkin mengharapkan pakatan dapat memberi nafas baru kepada peniaga atau penjaja kecil. Mereka tentu lega dengan slogan keadilan, kebebasan, ketelusan, kebajikan dan entah apa lagi slogan yang 'manis-manis' dan enak didengar yang dibawa oleh pakatan pembangkang semasa kempen pilihan raya.

Malangnya, ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan atau panas tidak sampai ke petang. Kebahagiaan yang diharap tidak muncul.

Gerai milik orang Melayu yang dulunya 'hidup bebas' di bawah naungan BN kini tinggal sejarah atau bakal menjadi catatan sejarah. Dua puluh tahun beroperasi tanpa masalah tetapi kini muncul masalah. Kalau tidak ada lesen, kenapa tidak diberi lesen? Sementara menurut dakwaan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlepas daripada sebarang tindakan.

Berjalanlah di sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua. Lihatlah panorama indah ini yang boleh dijadikan juga produk pelancongan. Kalaulah semua ini - gerai-gerai Melayu dirobohkan - benar, maka sungguh malang nasib Melayu Pulau Pinang.

Apakah ini sudah suratan takdir mengenai nasib kaum minoriti di Pulau Mutiara itu? Mungkinkah Melayu Pulau Pinang lebih terbela di bawah gandingan mantap dan mesra DAP, PKR, Pas?

Media arus perdana sudah tentu akan dipersalahkan kerana membangkitkan isu orang Melayu ini dan akhirnya akan dilabel sebagai rasis. Sudah lumrah, apa yang mereka lakukan salah di sisi orang lain tetapi akan dianggap betul jika mereka sendiri yang melakukannya.

Tindak tanduk memijak atau melangkah kepala orang yang mereka lakukan secara spontan tidak dianggap satu tindakan provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan. Tetapi apabila orang lain mengambil tindakan yang sama dalam keadaan marah, mereka pula tidak sabar dan membuat laporan polis. Itulah lumrah politik pihak sebelah sana yang sering melaungkan slogan yang enak didengar.

Khabarnya selain kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan gerai buah di Permatang Pauh milik orang Melayu, ramai lagi yang akan menerima nasib sama selepas ini.

Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Gerai-gerai ini bukannya wujud semalam atau kelmarin tetapi telah lama. Malahan sejak kerajaan BN memerintah.

Apakah kerajaan BN yang silap? Atau adakah kerajaan BN lebih peka dan prihatin terhadap golongan peniaga seperti ini? Justeru, apakah tujuan sebenar di sebalik tindakan kerajaan DAP yang mengarahkan gerai-gerai ini dirobohkan?

Gerai atas pokok memang unik. Dalam filem Do Re Mi ada kisah orang duduk atas pokok. Dalam cerita 'Dewan Undangan Negeri Perak' ada kisah bersidang bawah pokok sehingga pokok tersebut dijadikan satu tempat bersejarah. Dalam filem Laksamana Do Re Mi pula, raja bersemayam di bawah pokok. Begitulah cerita pokok. Maka kenapa restoran unik atas pokok ini mahu dihapuskan?

Memang mudah untuk menumbangkan pokok. Seperti filem Do Re Mi, ugut nak gergaji pokok, maka Do Re Mi yang menjadi penghuni rumah pokok itu cabut lari.

Agaknya siapa yang lebih bertimbang rasa jika dibandingkan dengan kerajaan BN Perak yang tidak memusnahkan tempat yang menjadi pujaan pakatan pembangkang dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu 'mengusir' pengusaha restoran atas pokok.

Siapakah yang lebih prihatin masalah rakyat terutama yang berpendapatan rendah apabila sejak 20 tahun lalu berniaga tetapi tidak diganggu gugat oleh kerajaan sebaliknya yang baru pegang kuasa sudah tunjuk belang.

Jika ini berterusan - peniaga Melayu menjadi mangsa - maka ke ceruk mana lagi Melayu Pulau Pinang hendak pergi. Berapa kerat orang Melayu yang mampu berniaga di tengah-tengah Georgetown sama ada di Chowrasta, Komtar, Perangin Mall dan sekitarnya?

Malang sungguh nasib Melayu Pulau Pinang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, macam orang Tanjong selalu buat seloka... Balik Pulau, Bayan Lepas, Sana Terpelau, Sini Terlepas.

Terbelakah Melayu Pulau Pinang?

Terserahlah kepada rakan kongsi DAP iaitu PKR dan juga Pas. Jika PKR dan Pas mahu melihat semua kaum diberi layanan sama rata, maka Melayu Pulau Pinang tidak akan ke mana. Mereka akan terus ketinggalan dalam segala segi. Melayu umpama melukut di tepi gantang.

Justeru Melayu Pulau Pinang perlu insaf dan sedar bahawa tidak ada sesiapa yang dapat membela nasib mereka kecuali diri mereka sendiri. Melayu perlu menghentikan sandiwara politik. Jika ada di antara Melayu yang ada kuasa lupa akan bangsanya, maka lambat laun, mereka juga akan terus hanyut. Janganlah kerana ketamakan kuasa, mereka akhirnya akan 'dijual' kemudian dilelong seperti yang berlaku ke atas Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filem Tiga Abdul.

Selain masalah gerai Melayu ini, menarik juga untuk disentuh ialah isu melibatkan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Mohd Hashim.

Apakah isu Zahrain 'menyerang' Guan Eng dengan kata-kata diktator, cauvinis dan berfikiran komunis?

sebagai satu lagi sandiwara sekadar ribut dalam cawan menjelang hari bicara penasihat PKR?

Sama ada sandiwara atau disebabkan masalah peribadi, sekurang-kurangnya rakan pembangkang DAP sendiri tidak puas hati dengan Guan Eng.

Biar apa pun alasannya, Zahrain sudah berani mendedahkan sikap Guan Eng. Dan seperti yang dijangka, kepimpinan PKR akan menolak segala dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Atas semangat kerjasama politik, yang hitam tidak boleh dihitamkan lagi tetapi perlu diputihkan. Dalam politik, biarlah kritik orang di luar parti bukannya mengkritik parti sendiri.

Jika tidak buruk padahnya seperti dialami Khalid Samad, Hasan Ali dan begitu juga Zulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dan Zahrain. Semuanya ini menarik untuk dinantikan kesudahannya.

Adakah ia sekadar sandiwara politik atau masalah dalaman yang sukar dibendung.

Utusan Malaysia

Kedutaan negara mana pilihan Anwar esok?

Anwar semasa berada di kedutaan Turki kononnya untuk berlindung dari ditangkap polis selepas Saiful buat laporan polis pasal diliwat Anwar.


Dengan hanya tinggal berbaki sehari lagi untuk sampai ke tarikh 16 Mei 2011 iaitu hari penentuan oleh Mahkamah Tinggi yang akan memutuskan samada Penasihat PKR Anwar Ibrahim perlu membela diri ataupun dilepaskan dari dakwaan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini sejak 28 June 2008.

Jika dahulu kita lihat betapa pengecutnya Anwar Ibrahim sebaik sahaja report polis dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, Anwar bergegas menyembunyikan diri ke kedutaan Turki.

Inilah yang menimbulkan tanda tanda.Sekiranya Anwar yakin tidak bersalah beliau tidak perlu takut dan bersembunyi.

Satu lagi sandiwara terpaksa dilakukan oleh PKR bertujuan untuk mengalih tumpuan umum agar tidak tertumpu kepada kes liwat Anwar dan berharap akan beralih kepada perkara yang lain.

Adakah ini bayangan sebenar wajah Anwar ?. Mencabar dan mengertak laksana hulubalang “Lawan Tetap Lawan”, dipentas-pentas ceramah, tetapi larikan diri, berselindung di sebalik kedutaan asing, serta meminta ‘suaka politik’ apabila merasa dirinya terancam ?

Apakah mungkin Anwar akan melarikan diri ke luar negara atau menyorok dikedutaan Turki seperti suatu ketika dahulu atau memilih kedutaan Amerika Syarikat pula sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu bela diri dan segala tembelang akan pecah?

Sejarah telah membuktikan, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara pada 2004, Anwar mengadakan pertemuan sulit dengan Paul Wolfowitz di Munich dan meminta ‘suaka politik’ untuk bekerja di Amerika Syarikat pada 2005-2007.

Anwar pernah mendapat ‘suaka politik’selama dua tahun di Amerika dan bekerja menjalankan misi Amerika dengan pelbagai organisasi termasuk Foundation For The Future, Council on Foreign Relations(CFR), Internatioanl Crisis Group (ICG) dan sebagainya.


 Anwar di kedutaan Turki ?


Majlis Tertinggi PKR kata, Anwar hanya bersembunyi di kedutaan itu untuk menyelamatkan diri kerana ancaman bunuh. Ancaman bunuh???

Wan Azizah kata, suaminya boleh keluar dari kedutaan itu sekiranya kerajaan boleh beri jaminan keselamatan suaminya.

Siapa yang nak bunuh Anwar? Kenapa pula Wan Azizah buat demand sedemikian rupa ? Apa specialnya Anwar hingga boleh tawar menawar dengan kerajaan Malaysia ?

Tetapi, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, kata Anwar selamat berada di kedutaan Turki. Katanya Anwar sedang sibuk bermesyuarat dan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.

Maknanya, Anwar bukan bersembunyi di kedutaan asing kerana takut, tetapi berlindung di kedutaan itu untuk mengadakan pertemuan serta meminta pertolongan daripada pihak luar untuk menghadapi kes liwat yang dilaporkan oleh bekas pembantunya itu.



Hubungan Anwar, Turki dan Amerika



          Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal.

Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika, menulis artikel membayangkan keakrapannya itu.

Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang

Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC “Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C”

Tulisnya lagi, “Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo – and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut”

Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa ‘orang kanan Bush’ itu sanggup meluangkan masanya di Bank Dunia ?

Tulis Yusmadi lagi, “Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarkat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya”

Rupa-rupanya Perdana Menteri Erdogan mempunyai hajat besar berjumpa dengan Presiden Amerika dan Anwar menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Patut pun orang kanan Bush, Wolfowitz turut hadir ke majlis itu.

Bermakna semua kunjungan negara-negara luar ke Amerika diketahui oleh Anwar sepertimana yang ditulis oleh Yusmadi “Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Ameri
ka Syarikat bagi bertemu Presiden Bush”

Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki, hinggakan Turki hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush

Wolfowitz dianggap penasihat kanan semasa pemerintahan Presiden Bush. Begitu sayang Bush kepada Wolfowitz, sanggup melantiknya sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, walaupun pernah dilapor penasihatnya mempunyai banyak skandal. Begitu juga diberi kuasa menjadi Presiden Bank Dunia, walaupun kedudukan Wolfowitz di Bank Dunia dipertikaikan. Sekarang masih penasihat penting dalam American Enterprise Institute (AEI). Begitulah akrabnya Bush dengan pemikir Zionis.

Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq.

Malah, kerajaan Turki masih menuntut ‘pampasan’ yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu.

Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Endogan dan paul Wolfowitz.

Sebaik sahaja Anwar keluar dari ‘persembunyiannya’ di kedutaan Turki, maka Tom Casey, spokesman for the US State Department telah beri amaran kepada Malaysia agar jangan teruskan siasatan liwat ke atas Anwar.

Tom Casey, spokesman for the US State Department beri amaran kepada Malaysia jangan teruskan siasatan ke atas Anwar.

Begitu cepat Jabatan Negara Amerika mendapat maklumat apa yang berlaku kepada Anwar di Malaysia. Mengapakah Amerika begitu prihatin kepada Anwar hingga sanggup mengertak dan beri amaran kepada Malaysia walaupun tindakan itu melanggar urusan negara lain.


KESIMPULAN..

Maka, selepas keputusan mahkamah mari kita lihat bersama-sama kedutaan mana yang akan menjadi pilihan Anwar untuk bersembunyi. adakah seperti episod lalu Anwar menikus di kedutaan Turki atau kali ini akan memilih kedutaan Amerika Syarikat pula sebagai tempat melarikan diri?

Tangisan dan rintihan 150 rakyat Selangor di Kg Sg Kerandang tidak penting, yang penting poket DAP penuh.




Semua orang  kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian di kawasan tersebut.

Malah, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian penduduk.



“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.

“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.

Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.

Sebelum ini, laporan yang diberitahu menyatakan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mengambil semula tanah tersebut dan mengarahkan agar 40 penginap rumah terbabit berpindah dengan segera.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan akan turut berada di kawasan bagi memperjelaskan isu tersebut pada kelmarin membatalkan pertemuan tersebut di saat-saat akhir.

Adakah Khalid MB Boneka takut untuk bersemuka? Sama-sama kita fikirkan sekiranya Pakatan Haram yang dikuasai DAP jika memerintah Malaysia.

Melayu pasti akan merempat khususnya orang-orang miskin. Pakatan Rakyat? Bukan.. Pakatan Baham Rakyat.

Sumber gambar dari sahabatgunung.com.

TRAGEDI BUKIT KEPONG BUKTI KEKEJAMAN ORANG CINA TERHADAP ORANG MELAYU

 Kekejaman siapa terhadap orang Melayu di Bukit Kepong?


TRAGEDI Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

 Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

 Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

 Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

 Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.



 Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancangannya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

 Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.

 Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

 Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

 Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.



 Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

 Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

 Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

 Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.



 Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

 Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.



 Anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

 Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema hingga kebeberapa buah kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).

 Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan  kira-kira sekitar setengah kilometer dari stesen polis Bukit Kepong. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka telah mengurangkan tekanan kepada pasukan  polis yang bertahan di Bukit Kepong dan seterusnya memaksa pengunduran umum komunis.

 Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10 pagi dan menyampaikan berita serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

 Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun telah mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil  yang berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.

 Terdapat maklumat orang kampung mengatakan antara sebab yang menyebabkan komunis menyerang dan menganas di balai polis Bukit Kepong adalah lanjutan insiden 2 minggu selepas darudat diistiharkan di mana pengawal kampung Mohamad Said bin Alam dan Saibun yang hanya bersenjatakan parang telah membunuh seorang komunis Cina dan menahan komunis berbangsa India dan seorang komunis Melayu telah berjaya melarikan diri. Kejadian ini berlaku di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong.

 Selepas beberapa hari insiden di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina iaitu Goh Peng Tun yang masih berdendam dengan Mohamad Said Alam telah menyerang Kampung Belatek untuk mencari beliau iaitu waktu orang kampung berbuka puasa. Didalam serangan itu pengawal kampung Shahdan bin Md. Yunus serta seorang ibu dan anak dalam buian mati dibunuh kejam oleh komunis yang gagal membunuh Mohamad Said.

ANTARA MEREKA TERKORBAN SECARA KEJAM (DICAMPAK DALAM API BAIK YANG SUDAH MENINGGAL ATAU YANG MASIH BERNYAWA) - AL-FATIHAH UNTUK ROH MEREKA....


 SEBAHAGIAN MEREKA TELAH TERKORBAN TERMASUK BEBERAPA ANAK DAN ISTERI ANGGOTA
JASA MU TETAP AKAN DIKENANG OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG


"ANAK-ANAK MUDA, KENANGILAH PENGORBANAN PAKCIK MAKCIK, DATUK NENEK KITA SEHINGGA MENIKMATI APA YANG ADA SEKARANG - MEREKA BERKORBAN HANYA UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANAK ABANGSA.. JANGALAH MELUPAI SEJARAH SEBENAR DAN MENJANJUNG PERTUALANG/KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN..."




Dipetik dari blog TunjangLangit