Nuffnang Adds

Tuesday 3 May 2011

Anwar Ibrahim jelmaan Mustafa Kamal Attarturk

Anwar Ibrahim

Mustafa Kamal Attarturk


Semakin hari semakin banyak tembelang Anwar Ibrahim di Malaysia yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya banyak  perkara yang disembunyikan demi menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia sekarang.


Adakah Anwar Ibrahim jelmaan Mustapa Kamal Attartuk?



SEJARAH HIDUP MUSTAFA KAMAL 

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di Jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Attarturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Attarturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Attarturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
KEMUNGKARAN 
Sewaktu Mustapha Kamal Attarturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

Sekiranya kita terus menerus perhatikan tindak tanduk Anwar kejanggalan akan terus terserlah.

Kita perlu banyakkan berdoa dan solat hajat  agar Allah SWT terus menunjukkan lebih banyak kebenaran agar segala perbuatan jahat akan sentiasa terbongkar.

Di harapkan orang ramai sedar akan watak Anwar Ibrahim yang hampir sama dengan Mustafa Kamal yang telah ditunggangi oleh Yahudi agar menghapuskan kerajaan Islam Malaysia.

Fikir2 kan lah..

No comments:

Post a Comment