Nuffnang Adds

Tuesday 10 May 2011

Cina kini KUASAI bandar2 di Malaysia



Jangan biarkan mereka berkuasa kerana buruk padahnya.
Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokrasi yang mengangkat obor Deklarasi Setapak 1967 bercita-cita menguasai lokaliti perbandaran! DAP telah berjaya di 12 kerusi daripada 15 kerusi bandar/pekan yang mereka perjudikan calon mereka.

SYABAS DAP kerana BN tidak bekerja untuk teraju kerusi tersebut. Apakah benar stigma bahawa DAP kuat? Atau secara tersirat memberi petunjuk bahawa kaum Cina mencipta "tsunami baru di bandar dan kota"? Atau secara tersurat, sesungguhnya undi para pengundi warganegara keturunan Cina lebih suka menyokong DAP atas isu-isu nasional dan racist yang dijaja dan ditaja oleh DAP, MCA, dan sekutu-sekutu dalam kelambu anak Cina rakyat Malaysia?

Menjelajah kembali Deklarasi Setapak 1967, maka berbuahlah 13 Mei 1969. Bermula dari tahun 1927 sejak Partai Koumintang Malaya memasuki Tanah Melayu, Bumi Melayu sudah tidak tenang seperti tahun 1909 hingga 1920. Partai Komunis Malaya menjadi medium parasit kepada minda, sama rata, Malaysian Malaysia, 1 Komunis 1 Asia, kecuali The Kingdom of Thailand dan agenda meratah legasi Dunia Melayu Dunia Islam di Tanah Melayu. Tahun 1933 secara rasmi Partai Koumintang/Komunis Malaya diiktiraf oleh penjajah British. Tahun 1943 PKM sebagai pailang MPAJA yang mendapat latihan peperangan daripada SAS British.

Tahun 1943 jugalah rombongan Tan Cheng Lock dan Sambanthan secara berasingan merisik Istana Buckingham di London untuk tujuan merakyatkan pendatang Cina dan India sehingga mencetuskan gejolak pertama Malayan Union pada 1 April 1946.

Apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dengan memusnah segala mercu tanda Jepun. Maka digazetkan Darurat atau Peristiwa Berdarah 14 hari Bintang Tiga. Rentetan daripada tersebut, British masuk, diikuti dengan Bukit Kepong 1950, peristiwa pembakaran dan pembunuhan jemaah sedang solat subuh di Kuala Kangsar dan pelbagai peristiwa yang merobek jiwa dan perasaan umat Melayu khasnya dan kaum Cina yang tidak bersetuju dengan ideologi komunis.

Akhirnya Rancangan Briggs 1955 menghimpun kalangan kumpulan Min Yuen di 126 buah kampung baru seluruh Tanah Melayu. 126 kampung baru ini, dibina di semua lokasi dalam dan pinggir bandar di seluruh Bumi Melayu. Inilah pelan pemusnahan sempadan pilihanraya, paling baik yang direncana oleh Inggeris. Kesannya, hari ini semua lokasi Kampung Baru Cina berada di jantung ekonomi setiap bandar dan kota besar. Parti yang beroperasi sejak 1960 dalam kampung baru ialah DAP. Sebab itulah obor 1967 bercahaya di Setapak.

Inilah Urban Legend yang menjadi BOM JANGKA kepada BN! Najib dan Muhyiddin sudah tidak boleh lagi kompromi soal kerusi atau tidak. PRU-13 ialah signal bahawa teori dan amalan kompromi kerusi tidak boleh dijayakan. Semua kerusi di mana, majoriti pengundi Melayu mesti UMNO. MIC juga tiada tempat sebenarnya, apalagi PPP. Semua kerusi majoriti Cina, letak MCA yang sudah pasti lawannya DAP. Dan MCA akan tewas secara literalnya?

Kajian demi kajian boleh dibayar dan dilaksana, realiti jelas bahawa politiking BN dalam bandar dikuasai oleh Cina yang bersekongkol dengan DAP. Mereka hanya hendak harta, kemewahan dan kekayaan ekonomi daripada BN tetapi tetap undi DAP. Inilah analisa 12/15 di Sarawak.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Ini biarlah Najib dan Muhyiddin dan juak-juaknya selesaikan. Pak Sedaro kalau beri roll-out plan dalam blog, habis si PAS+PKR+DAP sapu bersih, disebabkan BN buta, pekak, bisu, tuli. Ramai gurkha BN baco blog ini, tapi tak pernah ambil ikhtibar dan ingatan akan pesanan-pesanan blog Paneh Miang.

PRU-13, Pak Sedaro yakin DAP akan meletak semua calon di bandar/kota. Sebanyak 43 kerusi bandar dan kota ekonomi dalam bumi Melayu akan mereka judikan calon DAP. Jangkaan PRU-13, sebanyak 38 kerusi akan dimenangi oleh DAP dengan mudah.

Apakah kuasa Majoriti 2/3 di Parlimen menjadi sasaran MAUT DAP? Apa akan jadi bilamana DAP menjadi tauke dalam Parlimen Malaysia? Siapakah Perdana Menteri Malaysia bila DAP menguasai Majoriti 2/3? Sudah pasti bukan Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat. Siapakah Speaker Dewan Rakyat? Siapakah Timbalan Perdana Menteri? Siapakah Ketua Polis Negara? Siapakah Panglima ATM? Siapakah Ketua Hakim Negara? Siapakah Ketua Hakim Syariah? Siapakah YDP Majlis Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan? Siapakah Pegawai Daerah seluruh tanahair? Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri? Siapakah Ketua Pengarah Pelajaran? Siapakah KSN dan KSU-KSU? Siapakah Gabenor BNM? Siapakah penasihat kepada Majlis Raja-Raja Melayu? Siapakah Pengerusi Kelab Setiausaha Politik Malaysia? Siapakah Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan dan Negeri?

Inilah Urban Legend PRU-13. WASPADALAH.
 
Sumber:  http://paneh.blogspot.com/2011/04/komunis-kini-kuasai-bandar-kota.html
 

No comments:

Post a Comment