Nuffnang Adds

Tuesday 24 May 2011

Anwar Ibrahim lebih hebat dari Zeti Akhtar Aziz untuk jadi Pengarah Urusan IMF?












SIAPA LEBIH HEBAT? ANWAR ATAU ZETI?




Aku nak terkencing sebab nak tahan gelak bila ada orang pembangkang kata Anwar Ibrahim lebih hebat dari Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz untuk memegang jawatan Pengarah Urusan  Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) .


Hebat sangat ke Anwar ni sampai Gabenor Bank Negara kita yang hebat pun kalah?


Mari kita kaji latar belakang pendidikan mereka berdua.





DR. ZETI AKHTAR UNGKU ABDUL AZIZ


Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. 


Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.


PENDIDIKAN


Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958.


 Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.




PENCAPAIAN TERBAIK


Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. 


Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. 






ANWAR IBRAHIM


Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 


PENDIDIKAN


Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.


Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) Kelas 1 ke 2? Kalau SPM tuh pangakt 4 (SAP).




PENCAPAIAN TERBAIK


Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.


Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). 




KESIMPULAN:


LU PIKIR LA SENDIRI.. HAHA

No comments:

Post a Comment