Nuffnang Adds

Saturday 14 May 2011

Tangisan dan rintihan 150 rakyat Selangor di Kg Sg Kerandang tidak penting, yang penting poket DAP penuh.




Semua orang  kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian di kawasan tersebut.

Malah, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian penduduk.



“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.

“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.

Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.

Sebelum ini, laporan yang diberitahu menyatakan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mengambil semula tanah tersebut dan mengarahkan agar 40 penginap rumah terbabit berpindah dengan segera.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan akan turut berada di kawasan bagi memperjelaskan isu tersebut pada kelmarin membatalkan pertemuan tersebut di saat-saat akhir.

Adakah Khalid MB Boneka takut untuk bersemuka? Sama-sama kita fikirkan sekiranya Pakatan Haram yang dikuasai DAP jika memerintah Malaysia.

Melayu pasti akan merempat khususnya orang-orang miskin. Pakatan Rakyat? Bukan.. Pakatan Baham Rakyat.

Sumber gambar dari sahabatgunung.com.

No comments:

Post a Comment