Nuffnang Adds

Tuesday 24 May 2011

Menarik: Temubual KJ Di Bernama Radio 24



Tepat pukul 6.30 petang hari ini aku telah mendengar temubual Khairy di radio yang begitu sedap di dengar.

Tidak dinafikan KJ seorang yang mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan idea yang bernas dan spontan malah tidak keterlaluan untuk mengatakan KJ boleh menandingi Anwar Ibrahim sekiranya mereka berdua berdebat.

Apa yang paling menarik apabila soalan yang diajukan kepada KJ mengenai ada kemungkinan dia akan menjadi MB N.9 sekiranya bertanding untuk DUN negeri itu.

Dalam ketawa jawapan yang diberikan KJ dilihat sebagai playsafe. `` Perkara itu terserah kepada kepimpinan parti yang menetukan," jawab KJ.

Menarik.. KJ menjadi MB Negeri Sembilan? Adakah rakyat negeri itu akan bersetuju? Bersediakah KJ untuk memegang jawatan tersebut?

Mari kita kaji..

 Keupayaan KJ dalam bercakap sama ada di ceramah atau di dalam Parlimen memang begitu hebat tetapi dari segi kerja masih belum boleh dinilai.

Sekarang walaupun KJ memegang jawatan PEMUDA UMNO tetapi sayap UMNO itu kelihatan layu dan sepi walaupun adalah beberapa program yang dilakukan tetapi tidak meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat.

Jika hendak dibandingkan KJ dengan Sham Ketot AMK, kadang-kadang Sham menunjukkan keberanian walaupun keberanian yang melihatkan kebodohan diri.

Tetapi perlu diingat inilah yang dimahukan oleh rakyat di negara ini. Sebagai Ketua PEMUDA KJ seharusnya perlu lebih lantang dari AMK.

Di mana KJ sewaktu Utusan Malaysia sedang cuba dijatuhkan oleh pihak pembangkang. Sepatutnya KJ perlu mengetuai ahli PEMUDA UMNO dalam menunjukkan sokongan terhadap akhbar keramat Melayu itu.

Sekiranya KJ datang bersama 5 - 10 ribu ahli Pemuda UMNO untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan UTUSAN MALAYSIA  pasti namanya akan lebih harum.

Sebaliknya, PERKASA yang dilihat lebih lantang serta bersemangat dalam memberi sokongan dan memperjuangkan UTUSAN MALAYSIA.

Namun disebalik itu, semasa temubual itu KJ memperlihatkan kematangan dalam berhujah khasnya dalam menentang kenaikan harga minyak petrol RON95.

Tidak seperti pembangkang yang hanya tahu untuk menyalak agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol itu tanpa sebarang cadangan membina.

Sebaliknya KJ  mencadangkan beberapa alternatif  dalam menjimatkan kos belanja negara yang boleh dibuat agar harga minyak tidak dinaikkan.

Syabas. Sepatutnya cadangan KJ itu boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kepimpinan negara dalam membantu mengurangkan rakyat  yang sedang menanggung kenaikan harga barang keperluan harian.

Sekiranya dinaikkan harga petrol mesti kadar kenaikan barang keperluan harian akan meningkat lebih tinggi dan sekiranya PRU diadakan dalam terdekat pasti BN akan menjadi pembangkang pada masa hadapan.

Biarlah orang mengatakan KJ hanya mencari publisiti tetapi hakikatnya idea KJ itu dalam mengelakkan kenaikkan harga petrol RON 95 sememangnya bernas.

Semoga harga minyak RON 95 tidak dinaikkan kerajaan takut bukan sahaja rakyat marah, malah aku pun akan naik minyak.. haha.

PS: Naik harga minyak, aku pun naik angin dengan kerajaan.

No comments:

Post a Comment