Nuffnang Adds

Wednesday 4 May 2011

Sejarah Melayu...


Sejarah SebenarBumi Melayu.. Hak Melayu.

Sedikit Mendalam Tentang Melayu.

Sebahagian pengkaji sejarah mengaku MELAYU adalah bangsa terawal, kenapa tidak Melayu
sendiri dan kenapa sebahagian besar EROPAH cuba menutup sejarah.

Bangsa MELAYU adalah terdiri dari bugis, Jawa, Banjar, Minangkabau, orang-orang Asli di Malaysia dan lain-lain negara. Jelas bahawa bangsa Melayu adalah salah satu kaum terbesar di dunia.
Disuatu ketika dahulu, di Asia Tenggara terdapat kawasan Kepulauan MELAYU, yang
merangkumi, Indonesia, Malaysia, Papua New Guine. dan lain-lain lagi. Bermakna, kini Eropah
memecahkan kepulauan tersebut kepada beberapa negara.

Dipercayai sekiranya terlalu besar akan menyusah penjajahan mereka. Tulisan dibawah ini tidak diketahui ditulis oleh siapa, namun ia adalah mengambil sedikit maklumat dari persidangan, seminar, pembentangan tesis
dan sedikit merujuk kepada Hadis dan lain-lain.

Sebelum Melayu menjajah dunia, Eropah datang untuk kononnya membantu kemerdekaan.
Selamatkan bangsa Melayu.

BERASAL DARI NUSANTARA


Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa
yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia.

Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu).

Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah
memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat
dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada
satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang
menyebar ke tempat lain.

(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa
Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.

Pendapat ini disokong oleh P.W.Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer.

Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia
(Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu
Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa
Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.

Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu.

Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster
(1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane
(1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil
kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia
haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan
laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia
mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar
sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu.

Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil.

Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi.

Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan
Australia telah ada manusia.

Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homowajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.

Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang
Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan
Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah
dengan cara yang perlahan.

Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes
yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala
bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah
disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama,
seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan
tatabahasanya.

Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara
bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa
Austronesia.

Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi"
juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza
dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.

Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan
juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke
Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari
Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.

Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau
Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat
dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan
Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa
Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara
serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya
bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa
tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang
dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa
Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur
berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah.

Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain.

Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan
Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu
Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di
Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di
antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.

2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.

3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira- kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa.

Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun.

Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan
bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang
menggunakan bahasa keluarga Nusantara.

Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka?

Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya,
iaitu Ham, Yafit, dan Sam.

Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat.

Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara
Yaman dan Oman.

Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein -
serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali -kemudian
ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.”

“ Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi’ (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati
keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka
pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.”

Dalam sebuah hadeeth Al- Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA, Rasulullah SAW menegaskan antara lain; “ …Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku).”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Wasiatkanlah kebajikan bagi ahlul-baitku. Pada hari
kiamat esok kalian akan ku gugat mengenai ahlul-baitku. Orang yang kelak menjadi lawanku ia
menjadi lawan Allah, dan siapa yang menjadi lawan Allah ia akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Telah termaklum kini bahawa para ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan cabang dari satu
keluarga istimewa yang dipilih oleh Allah SWT, iaitu pada jurai-jurai salasilah ke atas dari
keluarga para anbiyya’ cabang Nabi Ibrahim a.s sehinggalah kepada jurai-jurai ke bawah, dan
mahkota terunggul keluarga nubuwwah ini tidak lain dari Nabi Muhammad SAW sendiri.

Sedangkan para ahlul-bait baginda sendiri duduknya pada jurai-jurai dari cabang Al-Hassan
dan Al-Hussein RA anhum, iaitu dua cucu kesayangan Rasulullah SAW dari puterinya Fatimah
Az-Zahra.

Maha Suci Allah yang telah menganugerahi keistimewaan, kemuliaan dan ketinggian
kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Mengikut kesinambungan resam nenek moyang ahlul-bait dari kalangan Keluarga Nubbuwah
sehingga pada nenda mereka, baginda Rasulullah SAW, menjadi da’iee, pemerintah dan alim-
ulamak adalah tiga perkara yang tidak dapat dipisahkan; dan menjadi seperti darah daging
bagi diri para ahlul-bait. Sejarah membuktikan ramai dari mereka tampil sebagai ulamak,
mubaligh serta pemerintah yang bertebaran di serata pelusuk muka bumi ini.

Jazirah Arab, benua Afrika, India, Asia dan Asia Tenggara dari zaman Khulafa’ Al-Rashidin sehinggalah
kepada abad ini para ahlul-bait masih tetap memainkan peranan penting samada secara
langsung atau tidak langsung. Dan insya-Allah Ta’ala peranan ini akan terus berkekalan.

Jika kita mengakui beriman dan mencintai Allah SWT dan RasulNya SAW dengan sebenar-
benar iman, maka wajiblah kita mengambil berat akan apa diwanti-wantikan oleh baginda
Rasulullah SAW : “Kalian kuingatkan kepada Allah akan ahlul-baitku” Tidakkah kita wajib
mengambil isyarat ini dengan penuh keikhlasan bagi menunjukkan kecintaan dan ketaatan kita
kepada Nabi kita ? Oleh itu sebagai menyambut seruan baginda, semestinyalah kita
memberikan penghormatan, kemuliaan dan keutamaan kepada para ahlul-bait, bukan atas
sifat mereka sebagai manusia seperti kita, tetapi semata-mata bagi menghormati dan
memuliakan diri mereka yang merupakan keturunan dari Rasulullah SAW sendiri.

Walaupun ahlul-bait tidak mewarisi kudrat kenabian dan kerasulan melalui keturunan mereka
di kalangan keluarga nubuwwah, dan mereka sememangnya terdedah kepada kelampauan
batasan syariah kerana mereka tidak maksum, namun hakikatnya, ini sama sekali tidak
menghilangkan jatidiri dan kudrati mereka sebagai anak cucu dari keturunan suci, iaitu  baginda Rasulullah SAW.

Umat Islam yang kasih dan taat pada perintah baginda perlu lebih prihatin dalam urusan dengan ahlul-bait dan bersedia memaafkan segala kekeliruan dan kesilapan mereka.

Adalah terlebih afdhal jika umat Islam yang teraniayai itu memaafkannya
sebagai tanda cinta dan demi memuliakan nendanya, iaitu Rasulullah SAW yang terlalu amat
besar jasa baginda pada umat Islam.

Jikalah umat Islam sedunia bersatu dalam usaha membalas jasa-jasa Rasulullah SAW tidak akan ke mana dan pasti tidak kesampaian .

Bagi pihak ahlul-bait Rasulullah SAW pula, perlulah mereka menghargai anugerah Allah SWT
yang tak terhitung nilainya itu. Apakah mereka tidak mensyukuri dan merasa bangga dengan
hakikat bahawa asal mereka dari cabang-cabang pokok yang teramat baik bakanya, dan nama
wira-wira Islam yang tercatat dalam lembaranlembaran sejarah dari kalangan ahlul-bait
semuanya merupakan nenek moyang yang berkongsi nasab dan susur galur sehingga ke
Rasulullah SAW?

Sabda baginda : “ Setiap sebab dan nasab terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan
nasabku.” Sesungguhnya seseorang ahlul-bait yang dapat menghayati sejarah nenek moyang
mereka yang tampil ke saf terkehadapan dalam penampilan peribadi mulia serta usaha gigih
mengembangkan Islam, patutlah merasa malu untuk merendahkan nama baik keturunan mulia
ini. Mereka seharusnya bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga bagi menzahirkan
kesyukuran dan penghargaan atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini.

Tanggungjawab ini haruslah dipikul bagai menatang minyak yang penuh . Jika semua ahlul-bait
sedar akan peranan mereka, nescaya lebih mudahlah umat Islam mengambil mereka sebagai
suri teladan masyarakat sezaman, sebagaimana nenek moyang ahlul-bait di zaman dahulu
dicontohi.

Insaflah! Umat Rasulullah SAW diibaratkan sebuah keluarga yang besar, dan
seharusnyalah ahlul-bait tampil terkehadapan bersama-sama dengan para alim ulamak sebagai
waris-waris Nabi dan penguasa-penguasa umat Islam lainnya, memegang panji-panji agama
sebagai ketua-ketua dalam sebuah keluarga yang besar ini .

Merekalah yang semoleknya dan berhak berada dalam saf hadapan, baik dalam menyebarkan seruan tauhid, dalam menjaga maruah dan kehormatan agama dan juga dalam berjihad menentang musuh-musuh Allah SWT.

Kedatangan para ahlul-bait Rasulullah SAW ke Alam Nusantara berpunca dari beberapa
masalah, antaranya, latar belakang politik yang wujud di bumi Arab. Sesungguhnya ahlul-bait
Rasulullah SAW sentiasa menjadi sasaran kedengkian dari ramai pihak di atas status
istimewa yang dimiliki.

Khalifah-khalifah dari Daulah Umayyah dan Abbassiyyah sentiasa mencari peluang menghambat, mengusir, menindas dan melakukan berbagai bentuk kekejaman kepada mereka kerana merasakan tidak selamat pada jawatan pemerintah selagi kaum kerabat ahlul-bait ada di kalangan mereka, apatah lagi para ahlul-bait sentiasa mendapat ihsan dan simpati dari kebanyakan umat Islam yang insaf akan zuriat mereka dari titisan darah Rasulullah SAW.

Berlebih lagi, ahlul-bait sentiasa sahaja mensohorkan diri sebagai tokoh-tokoh terunggul
dengan sifat kepahlawanan, kependetaan, menguasai lautan ilmu dan firasat serta
dianugerahkan Allah SWT ilmu-ilmu ladunniy, berbakat sebagai pemimpin dan penguasa,
selain menjadi darah dagingnya untuk membuat usaha dakwah dan tabligh dengan penuh
keikhlasan  Para ahlul-bait yang datang sebagai mubaligh yang mukhlisin di bumi Nusantara sehinggakan
begitu mudah sahaja diterima oleh masyarakat tempatan yang melihat pada diri mereka
sifat-sifat kemuliaan, keunggulan dan teristimewa yang dikira tidak layak diberikan status
awam dalam masyarakat.

Penduduk tempatan merasa rugi jika tidak dapat memenafa’atkan ilmu dan kepimpinan mereka, lalu merasa amat besar hati jika para mubaligh ahlul-bait ini dapat diberikan status istimewa sebagai raja, pemerintah atau sekurang-kurangnya menjadi penasihat dan ketua agama bagi mereka.

Dalam memperkatakan mengenai nasab Rasulullah SAW dalam sejarah pemerintahan umat
Islam, dua perkara perlu ditekankan semula.

 Iaitu soal ‘kepekatan’ daulah zuriat Rasulullah SAW yang ‘mengatasi dan menguasai’darah-darah lain , serta hakikat bahawa para ahlul-bait pun tidak terlepas dari perkiraan sebab dan akibat yang mendatangkan keputusan dan hukuman dari Kerajaan Langit.

Dalam konteks ini, perhatikan misalan-misalan yang terang dan nyata yang dapat dibuktikan dalam beberapa peristiwa sejarah kehidupan ahlul-bait Rasulullah SAW di istana Raja-Raja Melayu dan peristiwa musibah yang melanda sebahagian dari mereka yang melampaui dalam batasan syariat agama Allah SWT.

Kemasukan ahlul-bait Rasulullah SAW ke istana raja-raja Nusantara khasnya, dan Alam
Melayu ‘amnya, telah mencelikkan mata dan hati kita betapa bumi timur jauh ini ‘redup’
dengan kehadiran cucu cicit Rasulullah SAW yang menjadi para penguasa, pembesar dan
‘alim-ulamak negeri, selain bercampur gaul dengan masyarakat tempatan, menjalani kehidupan
dengan segala pengalaman buruk baiknya masing-masing.

Dalam menghuraikan sejarah kemasukan ahlul-bait ke istana Raja-Raja Melayu, tidak dapat
tidak kita perlu memahami konsep dan takrif Daulah Raja-Raja yang sering dikaitkan dengan
diri raja-raja yang memerintah. Hakikatnya, konsep Daulah Raja-Raja ini bukan metos atau
mistikal, melainkan ianya ujud seperti yang dibuktikan dalam lembaran-lembaran sejarah
Raja-Raja Melayu dan Alam Nusantara lainnya. dan berada di dalam batasan lingkungan hukum
syari’ee.

Hakikatnya, Daulah Zuriat, Daulah Institusi Raja-Raja dan Daulah Peribadi merupakan
sebahagian dari cabang yang mewujudkan konsep atau istilah Daulah Raja-Raja ini.

Tegasnya, Daulah Raja-Raja amat berkait rapat dengan hubungan antara raja-raja umat Islam yang
memerintah dengan Raja bagi Kerajaan Langit dan Bumi, iaitu Allah SWT.

Hubungan itu di meteri melalui institusi yang merangkum raja-raja tersebut, serta tahap keperibadian dan
pengamalan agama mereka. Berlebih lagi daulah seseorang raja bertambah ‘pekat’ jika ia
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan baginda Rasulullah SAW .

Oleh itu seseorang raja yang teguh pegangan dan pengamalan agamanya serta beramanah
dalam fungsinya yang sebenar akan mendapat daulah yang ‘bisa’ dan ‘berbadi’, kerana Allah
SWT sendiri berada di belakang pemerintah yang adil.

Jika ia berketurunan Rasulullah SAW, maka ‘subsidi’nya akan bertambah. Sebaliknya bagi raja yang tidak beramanah dengan peranannya sebagai wakil Allah dan RasulNya, dan rakyat yang gagal memelihara Institusi
Raja-Raja dari pencabulan mana-mana pihak hatta dari raja-raja sendiri sekalipun, maka  Allah SWT sendiri akan menghakis daulah Institusi Raja-Raja dan memutuskan naunganNya.

Maka jadilah raja-raja berkerajaan tanpa daulah, dan rakyat pula sebagai anak-anak yatim yang kehilangan identiti serta daulah bangsa dan agamanya.

Lembaran-lembaran sejarah menjadi bukti akan kecemerlangan bangsa Melayu sebagai
bangsa yang berdaulat dan disegani apabila raja-rajanya berpegang pada fungsi sebenar
mereka sebagai wakil Allah dan RasulNya SAW setelah ketiadaan sistem pemerintahan
berkhalifah yang berakhir selepas era Khulafa’ Ar-Rashidin. Raja-Raja Melayu sebagai
tunggak pemelihara bangsa dan agamanya, yang mengambil Islam sebagai asas pemerintahan,
dan dengan gandingan para alim ulamak, para pembesar beserta rakyat jelata; menyebar,
menegak, memelihara dan membela syariat Islam serta Daulah Islamiyyah mereka dengan
sendirinya menjamin naungan dan pertolongan dari Allah SWT sendiri.

Semoga Allah SWT mengembalikan naunganNya pada Institusi Raja-Raja Melayu sebagai
tunggak pemelihara identiti bangsa dan agamanya. Semoga Allah SWT memilih bangsa Melayu
dan raja-raja mereka untuk khidmat agamaNya serta mengampuni, memuliakan dan akhirnya
meningkatkan darjat bangsa Melayu di hari akhirat kelak melalui wasilah Rasulullah SAW
yang menjadi nenda bagi sebahagian besar Raja-Raja Melayu kita !!
“Ya Allah! Limpahkan selawat kepada Sayyidina Muhammad dan kepada Aal (ahlul-bait dan
kerabat) Muhammad.”

Nota:

Sedar tidak sedar, banyak keistimewaan dan sejarah bangsa kita, yang tidak terdapat dalam
khutub-khanah di Malaysia. Kerana terus dipupuk bahawa, sejarah Melayu hanya bermulanya
MELAKA, dan orang EROPAH yang membuka. Namun sedarkah kita bahawa, kebanyakan
peristiwa berlaku di depan mata tidak diambil berat contohnya: -

1. Sedarkah kita bahawa, anak hasil perkahwinan China dan India, anaknya pasti berwajah
MELAYU, dan

2. Sedarkah kita bahawa bukan semua bangsa, ‘TEGAK BULU ROMA’ menjadi sifat semula
jadi, jika tidak percaya, bertanyalah pada teman Cina atau India kita. Anda akan tahu siapa
kita dan apa keistimewaan bangsa kita.

Masih banyak lagi tentang Melayu akan didedahkan.

Sifat tersebut memberi saya semangat untuk terus mencari fakta sejarah Bangsa Melayu
sebenarnya. Peringatan dari saya, BERBANGGA DAN MARTABATKAN BAHASA MELAYU,
PASTI KAN BAHASA INGGERIS HANYA UNTUK SEKADAR KITA TAHU.
“SELAMATKAN DAN MARTABATKAN BANGSA MELAYU, BAGI MEMENANGI
ISLAM”


Dari : http:/www.trangnukite.com

No comments:

Post a Comment