Nuffnang Adds

Tuesday 10 May 2011

Anwar dan Yahudi - Satu hubungan rapat

ANWAR IBRAHIM AGEN YAHUDI:  BUKTINYA!

Anwar Ibrahim bersama sahabat baiknya orang Yahudi.



Anwar selalu mencabar media arus perdana untuk membuktikan tuduhan yang dia adalah agen yahudi. Tapi bila di buktikan maka dia akan cakap yang itu hanya alat kerajaan untuk menjatuhkannya.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk membuktikannya dalam media arus elektrik ini.Hari ini kita akan buktikan PENGLIBATAN YAHUDI DALAM FOUNDATION FOR THE FUTURE yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim.

Dalam blognya, pada 20 May 2007 iaitu Kenyataan media Anwar Ibrahim mengenai Foundation for the future. Kita akan analisis kenyataannya yang jika tidak di teliti akan menutup hati kita tanpa apa-apa prasangka terhadap dsai.

Hakikatnya, banyak kenyataannya boleh di pertikaikan dan membuktikan dia terlibat dengan agenda yahudi menjatuhkan Islam.

Kenyataan Anwar: "Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) mula2 di umumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"

ANALISIS DAN KRONOLOGI YANG PERLU DIKETAHUI!!!!

1. FFF diumumkan oleh Condoleeza Rice (US Secretary of State) di Bahrain pada 12 November 2005 semasa merasmikan Forum For The Future.

2. Forum For The Future pula adalah usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G8) yang ditaja oleh International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Governments, penaja utama G8 Broader Middle East and North African Initiative adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State yang diuruskan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney) yang berjaatan sebagai Principal Deputy Assitant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North African Initiatives (BREMA).

5. INI BERMAKNA..Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) yang diketuai Oleh ANWAR IBRAHIM adalah projek US Department of State,yang dikendalikan oleh Elizabeth Cheney, dengan bantuan kewangan dari USAID, MEPI, BANK DUNIA, IMF & NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED)

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North Africans Nations & The Group of Eight (G8)

KESIMPULANNYA,  Anwar Ibrahim memang terlibat dengan agenda Yahudi dan dia adalah jelmaan Mustpha Kamal Atturtuk di Malaysia.

Kita faham pendedahan ini tidak cukup kuat untuk membuka hati sanubari pembaca untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim. Tetapi kita akan membuat penjelasan dari semasa ke semasa.

Jika anda cinta Malaysia, Melayu dan Islam, ikuti pendedahan ini akan datang.

Kita tetap berpesan dengan sabar dan mengikut hak.


ANWAR DAN YAHUDI


 Kenyataan Media Anwar Ibrahim mengenai Foundation For The Future.Kenyataan Anwar: "Yayasan tersebut merupakan sebuah badan yang independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani ntuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"BACALAH DENGAN TELITI APA ISI KANDUNGAN KENYATAAN INI.

Yang pertama, adakah yayasan ini badan independen? JAWAPANNYA TIDAK! (akuilah kenyataan ini wahai umat keAdilan). Seperti penulisan siri Satu Yayasan Masa Depan yang didukungi oleh Anwar Ibrahim adalah pro US kerana dikawal Elizabeth Cheney dan ditampung dananya oleh USAID, MEPI, World Bank, IMF & National Endowment For Democracy (NED).

Yang kedua, Elizabeth Cheney dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia)pada September 2005.

Yang Ketiga, mengapa Shaha Ali Riza dipindahkan? Pemindahan Riza dari Bank Dunia adalah untuk menutup "conflict of interest" skandal peribadi dengan Paul Wolfowitz. Selain itu, kepakaran dan pengaruh Riza di Timur Tengah & Afrika Utara (semasa di Bank Dunia) adalah amat diperlukan untuk membantu Yayasan Masa Depan.

Yang Keempat, Riza mencadangkan kepada Elizabeth 3 nama Islam yang Pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah ANWAR IBRAHIM (MALAYSIA), Rahma Bourqia (Maghribi) dan Bakhtiar Amin (Iraq). Ketiga-tiga mereka ini mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

Yang Kelima, ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Depan adalah bekas pekerja di Bank Dunia, John Hopkins & Georgetown University, US. Dia dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tenggara dan Asia berdasarkan perlantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Couincil of Foreign Relations, New York.Rahma Bourqia(Naib Pengerusi Yayasan) & Bakhtiar Amin tidak perlu dibuktikan lagi kecenderungan mereka kepada US dan Yahudi.

Yang Keenam, Anwar menyebut tentang 'kerajaan dan masyarakat madani'. Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf pertubuhan ini di Malaysia? tentu TIDAK! Jadi kerajaan mana yang mengiktiraf Yayasan yang dibawa Anwar? Pastilah kerajaan yang mahukan New World Order diterima di serata pelusuk dunia. Kerajaan US yang didalangi Yahudi.

INI SENJATA KITA, ANWAR IBRAHIM tidak boleh dibenarkan memimpin kerana dia adalah PETUALANG. Dia adalah MANDALIA zaman ini. MANDALIA adalah orang yang bertanggungjawab dalam keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka kerana bersekongkol dengan Portugis.

Kenyataan Anwar :"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini,yayasan hanya menerima dana dari Turki,UK dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada yayasan"

Mari kita belajar menganalisis segala auta dan putar belit Anwar Ibrahim.

Satu, ternyata pembelit ini menyembunyikan fakta. Buktinya, putar belit Anwar bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan "To date, initial contributing governments have committed over $50 million to the Foundation, including $35 million from the United States through the Department's Middle East Partnership Initiative. Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungary, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar, and the United Kingdom."

Kedua, Anwar cuba membelitkan fakta diatas ekoran isu yayasan itu di taja US dan Yahudi telah menjadi topik utama media massa. Malah sikap lidah bercabang Anwar Ibrahim juga terbukti kerana kenyataan diatas adalah sangat bercanggah dengan kenyataannya sebelum itu yang bertarikh 16 Julai 2006 dalam blognya.
"Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi."

PERSOALANNYA??? YANG MANAKAH BENAR???

SEMUA KENYATAAN INI DATANG DARI LIDAH ANWAR SENDIRI DAN DATANG DARI MATA PENA PAPAN KEKUNCINYA.

Saudara ANWAR sekalian,

Saudara selalu menuduh orang yang menulis tentang DSAI adalah mereka yang buta hati kerana membaca UTUSAN dan BH serta tertipu dengan dakyah dan propaganda UMNO.

TETAPI, saudara sekalian harus faham dan tahu bahawa ini hasil bacaan tulisan DSAI sendiri.

MAKA, saudara sekalian juga buta hati dan mata kerana terpesona dengan dakyah DSAI yang lidahnya memang bercabang.

Yang Ketiga, Jika kita teliti kenyataannya pada 16 Julai 2006, DSAI menyebut tentang PEMERINTAH... Siapa PEMERINTAH yang bertanggungjawab keatas Yayasan Masa Depan ini?? Jordan kah? Bahrain kah? Afrika Utara kah? BUKAN!!! Jawapannya ialah AMERIKA SYARIKAT.

Ini kerana, pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif Yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Depatment of State di Washington DC.

JIKA US tak terlibat dan membantu, KENAPA mesti perlu mengadakan perbincangan? TERTUTUP pula tu!!!MESTI ADA AGENDA kan!!!


AKHIR KATA,
Fahamilah bahawa tujuan penulisan ini hanya untuk mendedahkan anda dengan agenda Yahudi melalui idea NEO CONS dan telah membina rangkaiannya di Malaysia. ANWAR IBRAHIM MESTI DITOLAK DAN RAKYATLAH YANG BERHAK DAN BERKUASA DALAM HAL INI.

JANGAN TERPEDAYA DAN TERKESIMA DENGAN MADAH BERHELAH ANWAR IBRAHIM!!!!

KEPADA RAKAN-RAKAN,

Teruskan usaha membantu bangsa Melayu untuk memastikan ISLAM tetap di Tanah Melayu yang bernama MALAYSIA.

Diambil dan sedikt perubahan dari http://siswakini.blogspot.com

No comments:

Post a Comment