Nuffnang Adds

Tuesday 10 May 2011

Melayu Perak terpinggir jika DAP memerintah

Banyak rumah milik orang Melayu  telah diroboh oleh DAP walaupun telah lama wujud semasa zaman pemerintahan BN lagi.


IPOH 25 Julai - Melayu Perak akan mengalami nasib yang sama seperti Melayu di Pulau Pinang jika membenarkan DAP memerintah.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu di negeri ini tiada pilihan kecuali bersatu bagi menggelakkan situasi tersebut berlaku.
"Orang Melayu Perak akan terpinggir dan merasai nasib sama seperti yang berlaku di Pulau Pinang jika mereka masih lagi tidak mahu bersatu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghina Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus jelas membuktikan sentimen kebencian DAP terhadap orang Melayu.
"Memang beliau telah memperlihatkan sikap angkuhnya sejak dulu lagi. Tindakan terbaru ini (Nik Ali) menunjukkan sentimen kebenciannya terhadap orang Melayu," katanya.
Guan Eng dilaporkan telah membuat beberapa kenyataan yang menyerang dan sengaja menjatuhkan maruah Nik Ali.
Dalam masa sama, Ibrahim mahu Perkasa Perak menjalankan tanggungjawab yang lebih aktif dalam menyatupadukan orang Melayu.
Katanya, pelancaran berkelompok pertubuhan tersebut membabitkan daerah-daerah di negeri ini semalam diharap mampu mencapai matlamat.
Sementara itu, beliau menggesa kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya melancarkan gerakan memberi penjelasan terhadap makna sebenar konsep 1Malaysia.
Penjelasan tersebut, kata beliau, perlu berikutan berlaku kekeliruan dalam menafsir makna sebenarnya termasuk di kalangan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri.
"Ada pihak mengatakan 1Malaysia adalah Malaysian Malaysia sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah berkali-kali menjelaskan bahawa ia seharusnya ditafsir berdasarkan rujukan di bawah kerangka Perlembagaan Negara," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment