SEJARAH 13 MEI YANG PERLU DIKENANG ORANG MELAYU
Semua orang perlu sedar dengan perjuangan parti pembangkang sekarang yang sentiasa meniup api kemarahan orang Melayu dilihat boleh mencetuskan kembali tragedi 13 Mei.
Mengapa hak keistimewaan mahu dihapuskan? Mengapa raja-raja Melayu mahu digulingkan? Jawapannya ialah kaum pendatang sentiasa mahu menjadikan negara Malaysia menjadi seperti Singapura yang dikuasai Cina.
Bolehkah perkara itu berlaku?
Segala permainan politik yang ditunjukkan oleh DAP dan PKR menunjukkan semuanya boleh berlaku. Dengan peranan Pas sebagai pak turut dalam gerakan pakatan pembangkang untuk meraih sokongan orang Melayu tiada yang mustahil.
Jika Cina sudah menguasai negara pasti orang Melayu akan menjadi hamba di bumi sendiri seperti yang berlaku di Singapura.
Di mana Melayu Singapura tinggal? Rumah banglo atau di flat-flat seperti rumah merpati? Adakah kita mahu orang Melayu menjadi seperti itu?
Mari kita belajar sejarah 13 Mei sekiranya belum tahu apa sebenarnya yang berlaku pada hari tersebut..
TRAGEDI 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.
Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.
Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.
PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:
PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:
En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)
Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru. (sila Klik Gambar)
Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.
Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.
Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.
Proses demokrasi yang bergelora
Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; ‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.
Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan.
Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kebenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969.
Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.
Ketegangan kaum
Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak bagikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting.
Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing.
Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktentuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang.
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman meletakkan tuduhan ke atas Parti Komunis dan elemen-elemen Kongsi Gelap Kaum Cina sebagai penyebab kepada tercerusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walau bagaimanapun, yang nyata beberapa faktor yang lain boleh dikaitkan;
(1) Perbezaan menginterprestasikan Perlembagaan oleh kaum bangsa Melayu dan bukan Melayu dan
(2) Keresahan ‘ satu bangsa’ dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.
(2) Keresahan ‘ satu bangsa’ dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.
Selain dari itu perspektif politik pula, wujud juga keengganan generasi muda bangsa Cina ketika itu untuk menerima tawaran yang diberikan oleh pihak UMNO kepada ‘pemimpin lama’ MCA dan keresahan ini dilanjutkan lagi dengan apa yang mereka sifatkan sebagai ‘ Malaysia untuk orang Melayu’, sebuah dasar yang dititikberatkan oleh Kerajaan Perikatan ketika itu.
Bagi orang-orang Melayu pula, wujud pula kekecewaan yang telah lama terpendam, mereka merasakan diri mereka sebagai bumiputera yang jauh ketinggalan di dalam proses modenisasi yang sedang berlaku di dalam negeri mereka sendiri. Mereka merasakan diri mereka ‘kelemasan’ ditenggelami oleh mereka yang bukan Melayu, dari segi jumlah penduduk mahu pun di dalam bidang ekonomi. Mereka perlu mempertahankan hak dan warisan sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan.
Penutup
Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika itu.
Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera, tapi oleh semua.
Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.
Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.
Sumber : papagomo.com dan yazidothman.com
No comments:
Post a Comment