Nuffnang Adds

Tuesday, 17 May 2011

Nasib UMNO dihujung tanduk?

Semakin hari debaran pilihan raya semakin dirasai oleh semua lapisan masyarakat, daripada  yang hardcore politik sehinggalah golongan atas pagar.

Yang kuat berparti mesti ingin tempat pada pilihan raya nanti bagi tujuan masing-masing. Ada yang mahu berbakti kepada rakyat tetapi ada juga yang berniat untuk mengayakan diri sendiri.

UMNO selepas pilihan raya ke 12 lalu telah mengalami kejutan bersama BN yang gagal mengekalkan majoriti 2/3  di Parlimen. Kata orang ia adalah tsunami politik bagi menyedarkan kepimpinan UMNO dan BN sebenarnya rakyat sudah bijak menilai.

Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangorserta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan.

Pilihan raya itu juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin .

Manakala kemenangan kerusi Parlimen Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004.

Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab pembahagian kawasan parlimen yang memihak kepadanya - banyak kerusi diwujudkan di kawasan-kawasan ini, tetapi kepadatan penduduknya adalah jauh lebih rendah daripada kepadatan penduduk di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Rekod kekalahan Barisan Nasional itu adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

Tetapi jangan risau masih ada ruang untuk berubah. Jika boleh berubah pasti UMNO dan BN akan menang lebih besar. Mari kita lihat punca dan apa yg harus kita lakukan untuk menang lebih besar pada PRU 13 nanti.

Adakah nasib UMNO berada di hujung tanduk? Sama-sama kita fikirkan..


KENAPA UMNO DAN BN GAGAL PADA PRU 12 LALU?


1. Tidak susun senarai calon BN dengan betul dan kebanyakan kroni-kroni KJ dan Pak Lah yang tidak diterima akar umbi maka cas ketingakan berlaku.

2. calon yang di pilih tidak dirunding dgn MB atau bakal MB dan di persetujui bersama dengan ketua bahagian. Pemilihan secara kuku besi dan cara Setiausaha Agung UMNO bekerja adalah tidak betul kerana beliau kurang turun padang.

3. Pak Lah tidak mendengar nasihat Tun Mahathir kerana merasakan beliau telah hebat sedangkan lebih mendengar pendapat menantunya KJ.

4. Calon-calon Pak Lah ada yang telah lama seperti Sami Vellu dan Rafidah. Namun Pak Lah tidak tegas untuk tidak senaraikan mereka.

5. MB pun ramai yang dah tidak perform, namun masih di kekalkan Pak Lah.


6. Ketelusan yang cuba di tunjukkan Pak Lah juga memakan dirinya dan BN.

7. Faktor Khairi telah menjahanamkan UMNO dan BN.

8. Pembebasan Anwar Ibrahim kerana untuk menunjukkan berhemahnya Pak Lah telah memakan dirinya sendiri dan BN.

9. Ketidakberkesan program pentadbiran Pak Lah terutama dalam menyediakan projek2 mega dan juga tidak sanggup menjalankan projek2 yang telah di rancang Tun juga telah membuatkan rakyat merasakan di samping kurang penjanaan ekonomi, malah Pak Lah di anggup orang yang mudah melupakan janji dan jasa orang lain, di samping cuba menonjolkan dirinya sendiri.

10. Paling berkesan melemahkan UMNO dan menjatuhkan UMNO dan BN ialah kenaikan harga minyak petrol sebanyak 70 sen seliter menyebabkan rakyat menjadi marah. Jika kenaikan harga minyak tidak berlaku pasti BN akan menang dengan majoriti 2/3 sekarang.



UNTUK MENANG PRU KE 13 UMNO DAN BN PERLU:

1. Meletakkan calon yang bersih dari segi akhlak, moral dan yang penting dikenali baik dengan penduduk serta pengundi tempatan.

2. Semua sayap di semua bahagian perlu bersatu serta menolak sebarang sengketa bagi memacu kemenangan.

3. Ketua Bahagian perlu mempunyai KPI tersendiri agar semua ketua bahagian akan berusaha untuk mencapai kemenangan. Jika tewas sesuatu bahagian tewas teruk Ketua Bahagian terbabit perlu dibuang dan digantikan segera.

4. Semua individu perlu buang perasaan hasad dengki sesama sendiri agar kemenangan pasti milik kita.

5. Hentikan fikiran bahawa berparti untuk mengaut kekayaan sendiri.

6. Yang penting perlu bekerja keras dari sekarang untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO.

7. Pemimpin atasan juga perlu menjaga kepentingan rakyat agar tidak membebankan rakyat seperti yang berlaku pada PRU 12 yang mana harga minyak petrol naik mendadak.

8. Jika kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang keperluan harian rakyat akan memberi sokongan penuh kepada BN.


Sekiranya semua ini dilakukan UMNO dan BN akan menang lebih besar dari sebelumnya.

2 comments:

  1. tapi naik jugak minyak, nampak gaya boleh kalah teruk lagi kali ni,

    sebenarnya rakyat x minta apa2 pun dari kerajaan cuma fahamlah kehendak rakyat. kami adalh org BN jugak ni

    nape la x faham2 nasib rakyat, nak menang tapi terus tindas rakyat. rakyat sekarang bukan bodoh dah mcm dulu2

    fikir2kanlah...dah semakin tawar melihat semua nih

    ni pendapat saya, tapi saya rasakan semua rakyat dah macam saya jugak

    ReplyDelete
  2. Kawan, kita kena fikir macam ni. kalau kita ada kereta mercedes tapi kadang2 ada time rosak. Takkkan sebab rosak itu kita sanggup tukar kereta itu dengan kereta kancil. Macam tu jugak kita.. Pikir2 lah ye..

    ReplyDelete