Nuffnang Adds

Saturday, 7 May 2011

BENARKAH PAS PEJUANG ISLAM ?




PAS selalu mengatakan parti itu  memperjuangkan Islam. Ideologi perjuangan  itu telah menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam.

Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah dan  salah guna kuasa merupakan modal bagi perjuangan dan kelangsungan parti itu.

Segala yang dilakukan oleh UMNO hanyalah bidaah malah lebih kronik menyamakan UMNO dengan kafir harbi malah lebih teruk jika dibandingkan dengan DAP serta PKR.

Tetapi semua orang sedia maklum DAP itu hanya memperjuangkan kaum cina sahaja dan PKR pula ditubuhkan semata-mata bagi mempertahankan Anwar Ibrahim yang banyak maslah termasuk moral.

Menjadi persoalan sekarang mengapa Pas masih mahu memperjuangan sekutu meraka itu walaupun terang lagi bersuluh sekutu mereka itu menentang ajaran Islam.

Mengapa Pas tidak mahu bersatu dengan UMNO yang jelas memperjuangkan agama Islam sehingga negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain di dunia ini?

Maknanya, perjuangan Pas sekarang hanyalah untuk politik dan mengejar pangkat semata-mata tanpa memikirkan kesan dari perpecahan orang melayu sekarang.

Melayu semakin lemah dengan perpecahan demi perpecahan yang dilakukan oleh Pas namun tanpa rasa bersalah isu perpaduan UMNO dan Pas telah ditolak mentah-mentah oleh pemimpin Pas yang seolah-olah ada satu rasa dendam yang dalam terhadap UMNO.

Adakah dendam itu lahir setelah anak pemimpin utama Pas yang pernah ditangkap ISA menjadikan dendam peribadi mengatasi isu perpaduan umat Islam?

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaranan meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam?

Mengapa Pas bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar Ibrahim yang sudah dibuktikan berzina melalui pendedahan video  tanpa mahu melihat kebenaran yang sudah nyata di depan mata?

Pendedah, Datuk Eskay telah bersumpah laknat mengenai pendedahan tersebut adalah benar, begitu juga saiful mangsa liwat adakah masih belum cukup untuk membuka kebenaran tersebut?

Mengapa masih menggunakan isu bersumpah dilarang oleh agama sedangkan banyak ulama yang membenarkan acara bersumpah bagi menjawap tuduhan tersebut?

Isunya mudah. Berani kerana Benar dan takut kerana salah. Jika benar tidak bersalah mengapa takut untuk bersumpah?

Saya mahu, Pas terus melakukan solat hajat beramai-ramai agar Allah SWt menunjukkan kebenaran  segala kemungkaran Anwar Ibrahim kelak.

Semoga Allah SWT melindungi orang yang tidak bersalah dan menunjukkan kebenaran kepada siapa yang bersalah.

No comments:

Post a Comment