Aku cuma hanya mahukan kebenaran.. Semoga kebenaran akan ditunjukkan kepada orang Melayu. Tanpa Melayu, yang tinggal hanyalah kenangan. TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.
Nuffnang Adds
Saturday, 7 May 2011
Pas satu parti atau agama baru?
SEDIH apabila melihat orang-orang yang mendakwa dirinya kuat agama tetapi mempolitikkan agama suci Islam dengan tujuan politik.
Contohnya, setiap kali musim pilihan raya, bagi meraih undi, Pas mendakwa sesiapa yang tidak mengundi parti itu akan masuk neraka.
Bermacam-macam lagi ajaran dan tafsiran yang tidak mengikut ajaran Islam dikembangkan oleh Pas dan diterima hanya kerana parti ini menggunakan perkataan Islam dalam namanya.
Sokong UMNO kafir, tak bau syurga jika undi calon UMNO dan perlu dikaji mana yang benar dan mana yang palsu.
Sebenarnya rancangan awal penubuhan PAS adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth.
Tetapi semua itu telah dilupakan oleh generasi baru hari ini yang lebih mahu mendengar pembohongan berbanding fakta sejarah sebenar.
Sebelum pergi lebih jauh, mari kita teliti makna Islam yang hakiki.
Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan.
Dinamakan agama ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintah-Nya tanpa membantah.
Jika kita patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tiada sebab kita perlu takut dikafirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Islam tidak pernah menyatakan belajar Sains dan Matematik mesti dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya.
Islam hanya memerintahkan umatnya agar bertindak dengan bijak sementara menentukan perkara yang seperti ini amat subjektif.
Agama Islam perlu dibezakan antara sebagai prinsip atau sebagai alat.
Islam sebagai prinsip bererti meletakkan Islam sebagai pegangan dan panduan.
Salah atau benar sesuatu dinilai berdasarkan prinsip Islam.
Kita akan menilai dengan adil setiap perkara dengan timbangan Islam sekalipun jika keputusannya itu tidak berpihak kepada kita, kita tetap akan akur.
Inilah yang disebut oleh Al-Quran dalam Surah al-Nisa, ayat ke-135 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu”.
Menjadikan Islam sebagai alat atau umpan pula ialah mempergunakan Islam sebagai bahan untuk sesuatu tujuan, padahal tujuan tersebut hanya bersifat puak atau peribadi, bukan untuk kepentingan Islam yang hakiki.
Ataupun agama digunakan agar orang ramai tertarik dan percaya kepadanya sekalipun hakikat agama bukan sedemikian rupa.
Inilah yang ditempelak oleh Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 116-117 yang membawa maksud “Dan janganlah kamu berkata dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Malang sekali dalam sejarah umat Islam, kecenderungan menggunakan agama sebagai modal begitu banyak dan berterusan.
Kenapa ada pihak yang mudah terpengaruh dengan dakwaan yang sesat lagi menyesatkan itu?
Tidak tahukah apa itu Islam? Adakah orang bukan Islam yang menyokong PAS akan masuk syurga?
Bermusuh sesama umat Islam adakah tidak berdosa? Ajaran apa yang menghalalkan permusuhan sesama Islam?
Sesat itulah rumusan yang boleh dibuat. Ayah Pin pun lebih baik kerana dia tidak mempengaruhi pengikutnya untuk bermusuh dengan orang Islam.
Jangan menjadi buta dengan penampilan seseorang yang pandai bermain ayat Al - Quran tetapi bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata.
Kembalilah wahai umat Islam yang terlalu taksub dengan pemimpin yang salah kerana taksub itu berdosa.
Sedangkan kita tidak boleh taksub akan Nabi Muhammad SAW lagi Rasul, inikan pula taksub kepada pemimpin yang baru belajar sedikit tentang agama.
Keadaan dan sejarah menunjukkan bahawa apabila agama digunakan sebagai asas perjuangan politik dan ditokok-tambah dengan nama agama diberikan kepada parti politik, maka rusuhan akan berlaku walaupun antara penganut agama yang sama.
Lebih menyedihkan ialah rusuhan berlaku lebih kerap di kalangan penganut agama Islam berbanding umat agama lain.
Jangan mudah tertipu dan menjadi tunggangan mereka yang mempermainkan agama sebagai modal politik kerana kesannya amat bahaya.
Golongan ini sesungguhnya sudah terpesong jauh dari akidah sebenar.
Diharapkan orang ramai tidak mudah diperdaya dengan mereka-mereka yang bersenjatakan ayat Quran dan kopiah lusuh kerana mereka ini yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment