Nuffnang Adds

Tuesday, 10 May 2011

Amanat Hj. Abdul Hadi yang menyesatkan..

Amanat yang menyesatkan orang Islam di negara ini.


Sekarang, keadaannya telah berubah. Demi politik Pas telah menggadaikan hukum Hudud yang kononnya untuk perjuangan parti itu.

Sebenarnya Pas sudah boleh melaksanakan hukum Hudud di Kelantan pada 1993 lagi kerana Sultan Kelantan telah bersetuju tetapi hanya kerana Mat Sabu ditangkap kerana berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim di bilik hotel maka hudud tidak dilaksanakan.

Banyak isu berkaitan Islam telah dikompromi demi kelangsungan Pas. 

1. Nizar menegaskan perlaksanaan hukum hudud tidak dinyatakan dalam perlembagaan Pas tidak pernah tertulis.

2. Isu arak dan judi di Selangor terpaksa mengikut telunjuk DAP.

3. DAP menghina Islam secara terang melalui Karpal Singh telah dimaafkan demi politik.

4. PM beragama Kristian pun disokong oleh Pas melalui Mahfuz.

Sekarang jelas menunjukkan amanat itu sebenarnya permainan politik semata-mata.
BACA AMANAT DI BAWAH:
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.


Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985.


Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
“    


Saudara-saudara sekelian percayalah,


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.




Percayalah saudara-saudara sekelian,


Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.





1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete