Nuffnang Adds

Sunday, 29 May 2011

BN jadi pembangkang di Malaysia selepas PRU-13?




Rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO?


Pada pandangan peribadi aku, sekarang bukan masanya untuk semua orang sama ada pemimpin atau rakyat saling bercakaran dan saling menunding jari sesama sendiri.

Sekarang rakyat lebih terbuka dan matang dalam mebuat pilihan. Dengan adanya teknologi IT yang semakin hebat menyebabkan TV dan akhbar bukan lagi pilihan utama  sumber maklumat mereka sebaliknya blog-blog dan media alternatif juga menjadi pilihan.

Kaum cina sekarang tidak lagi memilih Bn sebagai payung mereka. Sebaliknya pakatan pembangkang dijadikan pilihan kaum-kaum cina sekarang.

Kenapa ini berlaku? Adakah MCA semakin lemah sehinggakan undi kaum cina  semakin merosot?

Jawapannya ialah sekarang DAP telah berjaya meniup unsur-unsur perkauman di kalangan kaum cina di seluruh negara.

Lebih, parah sekrang DAP mendabik dada dengan mengatakan dalam pakatan orang Cina lebih berkuasa. Ini jelas dengan beberapa kejadian menghina Islam dan sensitiviti umat Islam sperti membaca ayat Quran dalam ceramah, masuk ke dalam surau dan lebih parah ahli bukan Islam PKR juga berani untuk menggunakan ayat Quran seolah-olah tidak bersalah.

Apa ni.. Takkan la hanya sebab politik Quran menjadi bahan mainan kaum kafir? Adakah darjat Quran telah direndahkan oleh umat Islam dengan menerima perbuatan seperti itu?

Sekarang Islam bukan lagi sesuatu yang suci setelah Pas dan PKR sendir menyokong segala tindakan menghina ISLAM oleh sahabatnya DAP.

Jelas maruah Islam telah dipermainkan untuk kepentingan politik semata-mata. Jika dulunya Hj. Hadi begitu lantang, sekarang menjadi tikus dalam aquarium.

Dalam keadaan genting sekarang, Perdana Menteri perlu lebih berani membuat keputusan yang tepat dan betul.

Berani mebersihkan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri serta tidak membawa keuntungan kepada perjuangan parti.

Sekarang lebih ramai yang menjaga periuk nasi sendiri dari berjuang untuk mempertahankan bangsa dan agama.

Kita lihat banyak UMNO negeri yang bermasalah telah jatuh ke tangan pakatan pembangkang seperti Kelantan, Kedah dan Selangor.

Bukan disebabkan pakatan hebat tetapi sebenarnya rakyat muak dengan drama-drama pemimpin bahagian yang lebih mementingkan jawatan dan poket diri daripada bekerja untuk menarik sokongan rakyat.

Presiden UMNO perlu lebih berani dalam menyelesaikan masalah ini dengan tegas. Sekiranya terbukti ada bukti satu-satu bahagian itu lemah dan tidak berfungsi seharusnya Ketua Bahagian (KB) digantikan dengan individu yang lebih hebat.

Kenapa perlu takut untuk bertindak? Lebih baik hialng 1 undi dari hilang 10000 undi. Jika KB yang bermasalah ditukarkan pasti UMNO akan kembali menjuarai hati rakyat.

Semoga PM merangkap Presiden UMNO akan bertindak dengan sewajarnya sebelum BN menjadi pembangkang di Malaysia..

No comments:

Post a Comment