Nuffnang Adds

Friday 17 June 2011

UNTOLD STORIES OF THE PAS

Pas dan sikap gila kuasa punca krisis Kelantan 1977





Ada diantara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO tetapi sebenarnya ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan Pas (ketika itu).

Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas utk menjatuhkan Presiden Pas (masa itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda kerana beliau adalah tokoh Pas yg bertanggungjawab membawa Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan  untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi,maka tidak perlu sebarang penggabungan antara Pas dan UMNO.

Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 Pas yg tidak berpuashati dgn perpaduan Pas- UMNO.

Krisis Kepimipinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

Krisis Kepimipinan Pas Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yg diberi oleh Pas Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas, telah menyebabkan berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.

Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan Pas-BN.

Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan kambing hitam  apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yg menyokong rang undang-undang Darurat.

Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan  ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan Pas-UMNO.

Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman Pas yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa Pas cuba menggadaikan Negeri Kelantan

Sumber asal: RBF

Sebab sebenar PAS ditendang dari BN
Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

No comments:

Post a Comment