Nuffnang Adds

Thursday 30 June 2011

Bebas berhimpun tu macam mana? Tak paham la saya

Bebas untuk buat benda ni ke? Boleh je.. Buat tak masuk mahkamah pun. Bebas gak berzina. Bebas tak?



Abang Anwar bagi ceramah sesuka hati jer. Bebas je.. So apa masalahnya? Tak bebas lagi?


Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengenai Kebebasan Asasi, Perkara 10 telah menerangkan mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Namun, perlu dingatkan bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu ada batasan atau had. Sekiranya kebebasan diberikan tanpa sebarang sekatan perkara buruk akan berlaku.

Undang-undang itu perlu dalam sebuah masyarakat bertamadun bagi tiga tujuan utama :

1. Memberi dan mengiktiraf hak-hak individu dan masyarakat;

2. Melindungi hak-hak tersebut; dan,

3. Bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Undang-undang jugalah akan menghukum seseorang yang cuba merampas dan mengancam hak-hak individu lain dan kesejahteranan masyarakat keseluruhan.

Adalah tidak wajar suara minoriti lebih berkuasa dari majoriti kerana sekiranya ia berlaku, maka hak golongan majoriti akan dinafikan.

Adakah itu yang dinamakan adil dan bersih?

Menyalah gunakan kebebasan bersuara atau mana-mana hak asasi sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketengangan dalam masyarakat boleh membawa kepada kehancuran negara-bangsa adalah ditegah sama sekali.

Kebebasan menyuarakan pendapat sama ada melalui ucapan, penulisan dan apa-apa bentuk kaedah komunikasi lain hendaklah perlu dikeluarkan dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab.

Kepentingan negara harus diutamakan agar perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian pelbagai kaum yang  sudah lama wujud itu tidak dapat diroboh dan dihancurkan.

Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kononnya berjuang untuk rakyat,
sebenarnya hanya mahu menggunakan suara mereka itu untuk agenda tersembunyi pihak pembangkang.

Lebih parah, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya bebas telah menyokong perhimpunan haram itu walaupun terang-terang ia digerakkan oleh parti politik pembangkang.

Dengan adanya pembiayaan bantuan kewangan dari pihak luar negara, ia telah membuktikan perhimpunan tersebut sebagi kotor kerana agenda sebenar mereka hanyalah untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Tidakkah penyokong perhimpunan itu tidak sedar apa agenda sebenar perhimpunan itu walaupun telah didedahkan oleh media massa mengenai penglibatan pihak luar yang membiayai rancangan tersebut.

Bukalah mata dan hati masing-masing untuk memikirkan masa depan anak cucu kita yang bakal menderita dengan hanya perbuatan bodoh generasi hari ini walaupun sekali.

Bayangkan keadaan negara menjadi huru hara dan ekonomi negara merundum akibat perhimpunan itu, kepada siapakah kita akan memohon bantuan?

Adakah negara-negara luar akan membantu sehingga keadaan akan menjadi seperti sediakala atau akan meninggalkan rakyat dalam keadaan huru hara?

Bercakap memang mudah. Pernahkah kita lihat negara yang ekonominya telah jatuh akan dibantu sehingga jayanya oleh negara luar?

Hanya kerana taksub kepada satu-satu seseorang, ada yang sanggup berbunuhan sesama sendir walaupun telah berulang kali diingatkan.

Islam tidak mengajar kita untuk berdemonstrasi dan melakukan keganasan malah agama suci ini menegah sama sekali.

Sejarah membuktikan negara-negara Islam yang hebat dahulu telah dijatuhkan oleh orang Islam sendiri dengan bantuan tipu helah pihak luar.

Maka baca sejarah banyak-banyak ye. ( Paling senang google taip Mustafa Kemal Attarturk).



Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

    (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

    (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

    (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

No comments:

Post a Comment