Nuffnang Adds

Saturday, 12 November 2011

Kembali kerana Melayu dan Islam semakin dihina oleh pembangkang..


AYAM TAMBATAN PAKATAN PEMBANGKANG SEKARANG...

Ayam tambatan Pas yang hebat  ditunggangi DAP pada masa kini..


Orang yang mencetuskan gerakan memperjuangkan seks bebas.




Sudah terlalu lama aku merajukkan diri dalam dunia politik. Selepas Mat Sabu di menang sebagai timbalan presiden Pas menyebabkan aku muak dengan politik pembangkang.

Tetapi kini aku kembali bersemangat untuk menyemarakkan kembali nasib orang Melayu yang dilihat semakin dipijak-pijak oleh bangsa lain.

Festival seks bebas, korban hari raya semuanya dipersendakan oleh kaum lain yang menunjukkan kesucian agama Islam semakin terhakis di negara ini akibat tindakan Pas yang tunduk dengan segal perbuatan laknat sekutunya DAP dan PKR.

Dulu pada zaman Tun M jadi PM semua orang hormat agama Islam tetapi sekarang semua jadi terbalik sejak Pak Lah jadi PM. Kesian PM sekarang, Dato Najib yang terpaksa menghadapi saat getir ini.

Kepada siapa lagi kita orang Melayu nak berlindung dengan keadaan sekarang? Pas? PKR? atau DAP?
Semua parti disebutkan itu hanya mengimpikan jawatan dalam kerajaan. Sebab itu semua parti itu sanggup tido sebantal bagi merealisasikan cita-cita mereka itu.

Kadang-kadang aku terbayangkan jika pakatan rogol(PR) menang  pada PRU-13 apa akan jadi pada orang Melayu.

Kemungkinan perkara yang akan berlaku:

1. Kakitangan kerajaan akan dikurangkan.
2. Jawatan tinggi kerajaan selepas itu akan diisi oleh orang bukan melayu dengan jayanya dan tinggallah jawatan buruh dan jawatan kecik lain untuk orang melayu.
3. Anak-anak kita akan terpaksa meminta pertolongan kaum lain utnuk meminta biasiswa.
4. MARA akan dikecilkan peruntukan dari hari ke hari sehingga badan itu akan hilang dalam lipatan sejarah.
5. Felda akan dikuasai oleh bangsa lain dan diswastakan sepenuhnya.
6. Tanah orang Melayu akan semakin mengecil dan pada masa itu Melayu akan tinggal di rumah flat sebab tidak mampu beli rumah lagi.
7. Sultan dan raja akan tinggal nama tanpa sebarng kuasa. Jika bersuara akan dihina oleh balaci-balaci PR.
8. Malaysia akan jadi Singapura.
9. PM bangsa lain akan dilantik.
10. Pas dan PKR akan terhapus terus dari dairi politik negara.
11. Seks bebas akan dibenarkan melalui undang-undang.

Mari kita fikirkan sama-sama kemungkinan yang bakal berlaku itu yang pastinya akan memberi kesan mendalam kepada orang Melayu dan agama Islam itu sendiri. Sokong PR kemungkinan tersebut akan jadi realiti.

Jika sokong UMNO, kita perlu bersama sertai UMNO untuk mengubah segala yang kita rasa perlu ubah dari peringkat bawah lagi. Revolusi itu bakal berlaku jika kita sokong UMNO dengan menyertai UMNO dengan niat berjuang.

No comments:

Post a Comment