Nuffnang Adds

Thursday, 30 June 2011

Bebas berhimpun tu macam mana? Tak paham la saya

Bebas untuk buat benda ni ke? Boleh je.. Buat tak masuk mahkamah pun. Bebas gak berzina. Bebas tak?



Abang Anwar bagi ceramah sesuka hati jer. Bebas je.. So apa masalahnya? Tak bebas lagi?


Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengenai Kebebasan Asasi, Perkara 10 telah menerangkan mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Namun, perlu dingatkan bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu ada batasan atau had. Sekiranya kebebasan diberikan tanpa sebarang sekatan perkara buruk akan berlaku.

Undang-undang itu perlu dalam sebuah masyarakat bertamadun bagi tiga tujuan utama :

1. Memberi dan mengiktiraf hak-hak individu dan masyarakat;

2. Melindungi hak-hak tersebut; dan,

3. Bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Undang-undang jugalah akan menghukum seseorang yang cuba merampas dan mengancam hak-hak individu lain dan kesejahteranan masyarakat keseluruhan.

Adalah tidak wajar suara minoriti lebih berkuasa dari majoriti kerana sekiranya ia berlaku, maka hak golongan majoriti akan dinafikan.

Adakah itu yang dinamakan adil dan bersih?

Menyalah gunakan kebebasan bersuara atau mana-mana hak asasi sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketengangan dalam masyarakat boleh membawa kepada kehancuran negara-bangsa adalah ditegah sama sekali.

Kebebasan menyuarakan pendapat sama ada melalui ucapan, penulisan dan apa-apa bentuk kaedah komunikasi lain hendaklah perlu dikeluarkan dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab.

Kepentingan negara harus diutamakan agar perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian pelbagai kaum yang  sudah lama wujud itu tidak dapat diroboh dan dihancurkan.

Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kononnya berjuang untuk rakyat,
sebenarnya hanya mahu menggunakan suara mereka itu untuk agenda tersembunyi pihak pembangkang.

Lebih parah, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya bebas telah menyokong perhimpunan haram itu walaupun terang-terang ia digerakkan oleh parti politik pembangkang.

Dengan adanya pembiayaan bantuan kewangan dari pihak luar negara, ia telah membuktikan perhimpunan tersebut sebagi kotor kerana agenda sebenar mereka hanyalah untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Tidakkah penyokong perhimpunan itu tidak sedar apa agenda sebenar perhimpunan itu walaupun telah didedahkan oleh media massa mengenai penglibatan pihak luar yang membiayai rancangan tersebut.

Bukalah mata dan hati masing-masing untuk memikirkan masa depan anak cucu kita yang bakal menderita dengan hanya perbuatan bodoh generasi hari ini walaupun sekali.

Bayangkan keadaan negara menjadi huru hara dan ekonomi negara merundum akibat perhimpunan itu, kepada siapakah kita akan memohon bantuan?

Adakah negara-negara luar akan membantu sehingga keadaan akan menjadi seperti sediakala atau akan meninggalkan rakyat dalam keadaan huru hara?

Bercakap memang mudah. Pernahkah kita lihat negara yang ekonominya telah jatuh akan dibantu sehingga jayanya oleh negara luar?

Hanya kerana taksub kepada satu-satu seseorang, ada yang sanggup berbunuhan sesama sendir walaupun telah berulang kali diingatkan.

Islam tidak mengajar kita untuk berdemonstrasi dan melakukan keganasan malah agama suci ini menegah sama sekali.

Sejarah membuktikan negara-negara Islam yang hebat dahulu telah dijatuhkan oleh orang Islam sendiri dengan bantuan tipu helah pihak luar.

Maka baca sejarah banyak-banyak ye. ( Paling senang google taip Mustafa Kemal Attarturk).



Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

    (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

    (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

    (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Friday, 24 June 2011

Bersih - Melayu jilat bontot Ambiga



Bersih 2.0 - Melayu diperbodohkan, Cina dan India bersorak gembira 






PERHIMPUNAN `Bersih' yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 yang kononnya mahu menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi kemahuan mereka sebenarnya  alasan semata-mata.

Walaupun jawapan yang panjang lebar telah  diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof bagi menjawap tuntutan Bersih itu namun masih belum memuaskan hati mereka.

Adakah Bersih ini sebenarnya alat untuk melindungi dan menutup `mata' rakyat dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Atau, sebenarnya ada agenda untuk melakukan rusuhan besar-besaran seperti yang berlaku di Mesir baru-baru ini?

Jawapannya, ya.

Kedua-dua itu adalah agenda pihak pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara demonstrasi yang di taja oleh Anwar dan pa bagi menutup kes liwatnya dari mata rakyat dan pada masa yang sama mahu merealisasikan impiannya untuk merampas jawatan Perdana Menteri dengan cara kotor lagi hina.

Lebih menghairankan lagi, Datuk Ambiga Sreenevasan seorang aktivis Kristian atau lebih tepat, Anti Islam telah mendapat sokongan dari golongan umat Islam khususnya penyokong tegar Pas dan PKR.

Siapakah sebenarnya Ambiga? Pejuangkah dia? Atau mempunyai agenda lain?

Ambiga telah menunjukkan kesungguhan `jihad' dalam kes muratd Lina Joy dan penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC). 

Belum lagi diceritakan tentang penglibatan aktif beliau dalam isu penggunaan perkataan ALLAH oleh Katolik.

Mengapa perlu orang Melayu lagi Islam mengikut perintah orang yang sudah terang-terang menentang agama suci Allah itu hanya kerana mengejar pangkat dan jawatan.

Adakah kaum-kaum lain akan turut sama menyertai perhimpunan itu?

Pastinya tidak. kalau ada pun mungkin tak sampai seribu, berbanding penyokong tegar Pas. Jangan kita terlalu terpengaruh dengan lakonan Ambiga dan Mat Sabu yang mengikut telunjuk Anwar Ibrahim yang terlalu mengejar jawatan Perdana Menteri itu.

Sama-sama kita fikirkan rasional pehimpunan serta tuntutan yang dibuat Bersih yang kononya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih telus dan bebas.





Tuntutan Bersih 9 Julai terhadap 7 perkara iaitu :-

    * Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

    * Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar

    * Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali

    * Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

    * Tempoh kempen minimum 21 hari

    * Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya

    * Menghapuskan rasuah pilihan raya.



JAWAPAN


“SAYA tidak suka panggil ia Bersih ... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

“Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.”

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu Utusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

“Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon.”

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi ‘Bersih’ sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

“Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ,” katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

“Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah ‘pengundi hantu’ tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

“Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

“Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

“Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus,” katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

“Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini,” kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

“Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang ‘pandai’. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal ‘menggigit’ kerana sekarang yang ‘hitam boleh jadi putih’ dan ‘yang putih boleh jadi hitam’ apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

“Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu... jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan,” katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

“Ia bukan ‘Bersih’, kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

“Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih... jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya,” kata Abd. Aziz.


Ps: Pikir la sendiri.

Friday, 17 June 2011

UNTOLD STORIES OF THE PAS

Pas dan sikap gila kuasa punca krisis Kelantan 1977





Ada diantara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO tetapi sebenarnya ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan Pas (ketika itu).

Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas utk menjatuhkan Presiden Pas (masa itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda kerana beliau adalah tokoh Pas yg bertanggungjawab membawa Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan  untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi,maka tidak perlu sebarang penggabungan antara Pas dan UMNO.

Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 Pas yg tidak berpuashati dgn perpaduan Pas- UMNO.

Krisis Kepimipinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

Krisis Kepimipinan Pas Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yg diberi oleh Pas Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas, telah menyebabkan berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.

Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan Pas-BN.

Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan kambing hitam  apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yg menyokong rang undang-undang Darurat.

Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan  ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan Pas-UMNO.

Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman Pas yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa Pas cuba menggadaikan Negeri Kelantan

Sumber asal: RBF

Sebab sebenar PAS ditendang dari BN
Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.